:: first time dengar lagu ni masa pergi beraya dengan dia...
- amat menusuk kalbu
:: tiba-tiba cakap pasal seseorang kan setelah menyepi beberapa ketika selepas hari mulia
- apa kes ???
:: maaf, lama menyepi kerana internet tidak berapa elok di rumah, kat office pula banyak kerja.harap masih
setia dengan blog ini...
Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!
Tourists around the world !
Im the Backpakers
- Rosliza Roslan
- terengganu, Malaysia
- now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee
Tuesday, September 21, 2010
bila cinta-ost lagenda budak setan
Tuesday, September 7, 2010
oh liza..lizawati...
sedang dengar lagu ini...
teringat masa kerja part time masa cuti semester,customer selalu je nyanyi lagu ni kat aku bila tengok name tag aku. mentang-mentanglah nama aku liza..
bukan sekali tau macam ni,bahkan banyak kali okeh,naik rimas aku..
tapi ni first time aku dengar lagu ni harini kat sinar fm...
orang lain teringat kenangan raya, aku pula teringat zaman kerja time cuti semester dulu.rindu pula rasanya. banyak kenangan yang terselit diminda..
kalau cuti semester kawan-kawan aku sibuk bercuti tapi aku ambil keputusan untuk bekerja, sambil cari duit poket, boleh hilang boring duk kat rumah okeh..
kenangan raya ada juga dan part paling best adalah sekeluarga berkumpul dan berjumpa sanak saudara sambil makan pelbagai juadah sampai perut ketat dan hampir nak pecah..heeee
tahun ni juga boleh masuk malaysia book of record sebab tak dapat sekeping pun kad raya...sob..sob...sob...
hopefully raya tahun ni meriah seperti tahun-tahun sebelumnya walaupun family adik ma tak balik...sob...sob...sob...sedih lagi..
takpe, tahun ni aku pulun jalan-jalan dengan member habis-habisan la dengan pelbagai fesyen..ececeeee..
bukan untuk bermegah mahupun menunjuk-nunjuk tapi untuk merapatkan lagi ikatan silaturahim....
semua persiapan dah siap okeh,tinggal nak tukar sarung kusyen je, yang lain da setel ~ lap tingkap, tukar langsir, popia mini, kuih raya lain dah sampai, lantai dah mop ~
mood raya kan,dah nak dengar lagu raya ni....bai

| bila nak macam ni cik ija??? gambar kredit to google |
Monday, August 30, 2010
rindu tunggu abang posmen tak sampai-sampai...
hai..hai...hai...
hmm...tinggal 9 hari je lagi kita akan berpuasa di bulam yang mulia ini...tapi aku sedih la,abang posmen tak datang-datang rumah aku.setiap kali aku balik mesti aku terjenguk-jenguk dalam peti.eh, aku puasa la.maksud aku peti surat,tu la, aku belum habis cakap,korang dah memotong.dah la tak pandai bagi signal dulu.ingat jalan raya ke nak bagi signal-signal nih..haaaaa
korang mesti dapat teka kan kenapa aku beria-ria sangat terjenguk-jenguk peti surat..haaaaa, pandai pun korang.mesti la aku tunggu kad raya dari kawan-kawan tapi habuk pun tak ada.mana nak dapat kad raya,aku sendiri pun malas dah nak hantar kad raya tahun ni sebab bila aku bagi kad raya pada kawan-kawan,dorang tak balas pun.bukan sebab dorang tak ingat aku tapi di zaman teknologi yang canggih dengan sms,mms,facebook,twitter, mana ada lagi budak-budak zaman sekarang nak pakai kad raya. dah la harga setem mahal,yang paling murah 50 sen..aduhh!! mahal woo...kalau sms paling mahal 15sen je,kalau facebook,hanya ambil tangan menari atas keyboard..kan jimat tu..
tapi kalau tahun-tahun sebelum ni, aku memang banyak dapat kad raya..rindunya nak dapat kad raya.sampai sekarang aku masih simpan semua kad raya tu termasuklah kad raya masa sekolah rendah dulu..bila tengok balik memang nostalgia habis..
okey la sebenarnya aku nak bagi korang sesuatu ni...
segala salah dan silap pohon diampun,moga ikatan ukhwah kita akan kekal selamanya..amin
ikhlas dari kami...
Wednesday, August 25, 2010
setiap hari di bulan puasa
ketam masak lemak cili padi ! pergghh!!! igauan ku |
![]() |
| tomyam campur ~ idamanku sekeluarga |
ni la keje aku..godek-godek blog masakan termasuklah kek,masakan kampung,western ,biskut raya,puding,agar-agar dan berbagai-bagai lagi....
jom terjah...
http://hanieliza.blogspot.com/
http://mamafami.blogspot.com/
| chocolatechip muffin ~ indah dipandang,sedap dimakan |
bismillahirrahmanirrahim.....
eh..eh..apa ni baca bismillah la pulak,waktu berbuka tinggal 3jam lebih lagi bukan 3 minit lagi.
pergi tolong-tolong mak korang masak dulu...meleleh dah air liur..ciannnnn...
sekian terjahan tak bergaji merangkap untuk hilangkan rasa mengantuk....
satu lagi ni...
![]() |
| pizza ~ gigit jari weh |
Sunday, August 22, 2010
pagi dah lesu,bila petang dah lebu
pagi-pagi dah letak kepala atas meja...malam tadi tak tidur dengan lena
"Ya Allah,tabahkanlah hatiku dan keluargaku dalam menerima ujian di bulan ramadan yang mulia ini.semoga semuanya berkesudahan dalam keadaan baik" amin..amin..amin

Tuesday, August 17, 2010
kini dua puluh empat
salam ramadan di pagi selasa..
bulan puasa ni kenapa tiba-tiba rasa tak cukup waktu eh? mari kita kaji:
8.00 - 4.30 pm > office time
4.30 - 7.23 pm > tolong mama masak, pergi bazar ramadan, tengok drama "epilog syurga cinta"
7.23 - 8.37 pm > berbuka puasa bersama insan-insan tersayang, solat mahgrib, bersiap untuk terawih
8.37 - 9.30 pm > terawih,doa banyak-banyak,zikir banyak-banyak
9.30 -11.00 pm > sampai je kat rumah, makan kuih-muih, rest sekejap then masuk tidur
11.00 -6.00 am > bermimpi yang indah-indah seperti bertemu dengan jodoh
haa...tengok tak jadual aku untuk bulan puasa ni? cam padat je,tak masa untuk diri sendiri..
pergi spa ke,pedicure ke manicure ke...perasan betul cik ija nih...
eh..eh..kenapa tiba-tiba entri ni tak ada kena-mengena dengan tajuk...nyorok-nyorok,nanti kena bambu bukan putu bambu okeh.kalau putu bambu memang tak menyorok dah,nak-nak bulan puasa ni...sedap pulak rasa putu bambu nih...
okeh, back to niat asal. nak ucap big thank you pada semua yang wish for my birthday yang ke-24. macam-macam wish yang aku dapat tapi yang paling banyak suruh aku tamatkan zaman bujang...lalala.
tolong carikan aku jodoh boleh?

Thursday, August 12, 2010
kak ija di hujung minggu lepas
![]() |
| nampak tak rumah perdana menteri kat atas sekali tu? teka aku menyorok kat mana hujung minggu lepas... |
![]() |
| ni pulak view yang boleh tengok masjid cantik yang colour merah tu |
![]() |
| kita tengok sebelah kanan pulak, pemandangan jambatan putrajaya eh..eh...korang tak payah pusing kepala, i je perlu pusing kamera.. korang tengok je gambar ni okeh |
![]() |
| ha, teka apa yang menarik perhatian korang dalam gambar ni.. adakah pokok-pokok yang berbentuk-bentuk atau jabatan perdana menteri ??? |
Tuesday, August 10, 2010
my hope before sunrise coming
malam ni sila bangun untuk bersahur ye. jangan ligat-ligat, kunci jam betul-betul.lupakan untuk bangun pada jam 5.55 pagi.tidur awal-awal.mula pergi solat terawih malam ni.
hari ni hari terakhir bulan syaaban, esok ramadhan mula menjengah. hari ni hari lahir k.ja,kakak tempat aku bekerja. berbahagialah selalu bersama keluarga tersayang, moga rezeki bertambah-tambah, sihat sentiasa dan menjadi umat yang terbaik.amin..ami..amin...
sempena hari lahir k.ja, sempena hari lahir aku yang tinggal beberapa hari lagi, beberapa jam lagi, beberapa minit lagi, aku ingat nak beli kek. bukan nak sambut dengan meriah pun tapi nak makan semata-mata. kek untuk kak ja dan adik ja..heeheee. lagipun esok dah puasa.

nak beli kek macam ni boleh tak?
Saturday, August 7, 2010
ada sesuatu
hepy holiday di hujung minggu ya ...
korang buat apa hujung-hujung minggu ni? masak? shopping?wahh..sama la kita....tapi ada sesuatu yang membelenggu fikiran aku...tetttt!!!
apa harus aku buat eh??
aku berangkat dulu la nak bermesra dengan bantal dan selimut...tunggu next entry ya my lovers..

Tuesday, August 3, 2010
Afgan - Pada Mu Ku Bersujud ( Offical Video )
amat sedap lagu ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)