Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!

Tourists around the world !

Im the Backpakers

My photo
terengganu, Malaysia
now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee

Monday, August 30, 2010

rindu tunggu abang posmen tak sampai-sampai...

hai..hai...hai...

hmm...tinggal 9 hari je lagi kita akan berpuasa di bulam yang mulia ini...tapi aku sedih la,abang posmen tak datang-datang rumah aku.setiap kali aku balik mesti aku terjenguk-jenguk dalam peti.eh, aku puasa la.maksud aku peti surat,tu la, aku belum habis cakap,korang dah memotong.dah la tak pandai bagi signal dulu.ingat jalan raya ke nak bagi signal-signal nih..haaaaa

korang mesti dapat teka kan kenapa aku beria-ria sangat terjenguk-jenguk peti surat..haaaaa, pandai pun korang.mesti la aku tunggu kad raya dari kawan-kawan tapi habuk pun tak ada.mana nak dapat kad raya,aku sendiri pun malas dah nak hantar kad raya tahun ni sebab bila aku bagi kad raya pada kawan-kawan,dorang tak balas pun.bukan sebab dorang tak ingat aku tapi di zaman teknologi yang canggih dengan sms,mms,facebook,twitter, mana ada lagi budak-budak zaman sekarang nak pakai kad raya. dah la harga setem mahal,yang paling murah 50 sen..aduhh!! mahal woo...kalau sms paling mahal 15sen je,kalau facebook,hanya ambil tangan menari atas keyboard..kan jimat tu..

tapi kalau tahun-tahun sebelum ni, aku memang banyak dapat kad raya..rindunya nak dapat kad raya.sampai sekarang aku masih simpan semua kad raya tu termasuklah kad raya masa sekolah rendah dulu..bila tengok balik memang nostalgia habis..

okey la sebenarnya aku nak bagi korang sesuatu ni...






segala salah dan silap pohon diampun,moga ikatan ukhwah kita akan kekal selamanya..amin
ikhlas dari kami...



Wednesday, August 25, 2010

setiap hari di bulan puasa



ketam masak lemak cili padi ! pergghh!!! igauan ku



tomyam campur ~ idamanku sekeluarga


ni la keje aku..godek-godek blog masakan termasuklah kek,masakan kampung,western ,biskut raya,puding,agar-agar dan berbagai-bagai lagi....

jom terjah...

   http://hanieliza.blogspot.com/
   http://mamafami.blogspot.com/


chocolatechip muffin ~ indah dipandang,sedap dimakan





bismillahirrahmanirrahim.....

eh..eh..apa ni baca bismillah la pulak,waktu berbuka tinggal 3jam lebih lagi bukan 3 minit lagi.
pergi tolong-tolong mak korang masak dulu...meleleh dah air liur..ciannnnn...


sekian terjahan tak bergaji merangkap untuk hilangkan rasa mengantuk....


 satu lagi ni...

pizza ~ gigit jari weh

Sunday, August 22, 2010

pagi dah lesu,bila petang dah lebu

pagi-pagi dah letak kepala atas meja...malam tadi tak tidur dengan lena


"Ya Allah,tabahkanlah hatiku dan keluargaku dalam menerima ujian di bulan ramadan yang mulia ini.semoga semuanya berkesudahan dalam keadaan baik" amin..amin..amin

Tuesday, August 17, 2010

kini dua puluh empat

salam ramadan di pagi selasa..

bulan puasa ni kenapa tiba-tiba rasa tak cukup waktu eh? mari kita kaji:

     8.00 - 4.30  pm > office time
     4.30 - 7.23  pm > tolong mama masak, pergi bazar ramadan, tengok drama "epilog syurga cinta"
     7.23 - 8.37  pm > berbuka puasa bersama insan-insan tersayang, solat mahgrib, bersiap untuk terawih
     8.37 - 9.30  pm > terawih,doa banyak-banyak,zikir banyak-banyak
     9.30 -11.00 pm > sampai je kat rumah, makan kuih-muih, rest sekejap then masuk tidur
     11.00 -6.00 am > bermimpi yang indah-indah seperti bertemu dengan jodoh
    

haa...tengok tak jadual aku untuk bulan puasa ni? cam padat je,tak masa untuk diri sendiri..
pergi spa ke,pedicure ke manicure ke...perasan betul cik ija nih...

eh..eh..kenapa tiba-tiba entri ni tak ada kena-mengena dengan tajuk...nyorok-nyorok,nanti kena bambu bukan putu bambu okeh.kalau putu bambu memang tak menyorok dah,nak-nak bulan puasa ni...sedap pulak rasa putu bambu nih...


okeh, back to niat asal. nak ucap big thank you pada semua yang wish for my birthday yang ke-24. macam-macam wish yang aku dapat tapi yang paling banyak suruh aku tamatkan zaman bujang...lalala.

tolong carikan aku jodoh boleh?



  

Thursday, August 12, 2010

kak ija di hujung minggu lepas

nampak tak rumah perdana menteri kat atas sekali tu?
teka aku menyorok kat mana hujung minggu lepas...

ni pulak view yang boleh tengok masjid cantik yang colour merah tu



kita tengok sebelah kanan pulak, pemandangan jambatan putrajaya
eh..eh...korang tak payah pusing kepala, i je perlu pusing kamera..
korang tengok je gambar ni okeh



ha, teka apa yang menarik perhatian korang dalam gambar ni..
adakah pokok-pokok yang berbentuk-bentuk atau jabatan perdana menteri ???



satu-satunya pemandangan di waktu malam jambatan putrajaya


dah puas dah menikmati panorama putrajaya
memang best sangat cuti-cuti malaysia ni
shopping sudah...
jalan-jalan sudah...
makan-makan sudah....
opppssss...puasa la..apa da...  (^_*)



Tuesday, August 10, 2010

my hope before sunrise coming

malam ni sila bangun untuk bersahur ye. jangan ligat-ligat, kunci jam betul-betul.lupakan untuk bangun pada jam 5.55 pagi.tidur awal-awal.mula pergi solat terawih malam ni.

hari ni hari terakhir bulan syaaban, esok ramadhan mula menjengah. hari ni hari lahir k.ja,kakak tempat aku bekerja. berbahagialah selalu bersama keluarga tersayang, moga rezeki bertambah-tambah, sihat sentiasa dan menjadi umat yang terbaik.amin..ami..amin...

sempena hari lahir k.ja, sempena hari lahir aku yang tinggal beberapa hari lagi, beberapa jam lagi, beberapa minit lagi, aku ingat nak beli kek. bukan nak sambut dengan meriah pun tapi nak makan semata-mata. kek untuk kak ja dan adik ja..heeheee. lagipun esok dah puasa.

nak beli kek macam ni boleh tak?



Saturday, August 7, 2010

ada sesuatu

hepy holiday di hujung minggu ya ...

korang buat apa hujung-hujung minggu ni? masak? shopping?wahh..sama la kita....tapi ada sesuatu yang membelenggu fikiran aku...tetttt!!!

apa harus aku buat eh??

aku berangkat dulu la nak bermesra dengan bantal dan selimut...tunggu next entry ya my lovers..
Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Bilangan pelancong yang singgah