mood: sedikit lega
sedikit lega hati ini selepas mandi dan melepaskan awan yang mengandung air
ia sememangnya terapi paling mujarab selain meluahkan perasaan kepada seseorang
bukan perasaan suka kepada seseorang okeh
tadi dalam perjalanan balik dari kerja sempat aku menahan awan yang mengandung air
dan sesampai je kat rumah terus hujan renyai-renyai dan akhirnya selebatnya
beginikah emosi perempuan yang didatangi bulan mengambang ketika diri sedikit diuji dengan
cabaran hidup?
terasa tiada sesiapa disisi menemani
terasa tiada sesiapa yang menyayangi dan mencintai diri
bukan cinta antara pasangan okeh
terasa ingin lari jauh dari semua orang
dan tak nak orang lain cari kita lagi
terasa diri serba kekurangan
ini tak cukup, itu tak cukup
mengapa tiada keluarga bahagia?
mengapa tiada emas seluas lautan?
mengapa tiada rupa secantik bidadari?
tanpa aku sedari akan nikmat yang ada pada aku
nikmat agama yang begitu suci
nikmat tubuh badan yang tiada cacat celanya
nikmat makan apa sahaja tanpa dicatu
nikmat keamanan bumi malaysia
nikmat mempunyai keluarga, saudara-mara, kawan-kawan, saudara jauh, saudara dekat
nikmat pergi sekolah ( ada orang tak pernah jejak ke sekolah pun)
nikmat duit walaupun cukup-cukup makan
nikmat ada dua ekor kura-kura yang tak pandai bercakap tapi pandai buat bising berjalan ke sana sini dalam rumah mereka yang comel itu
lepas awan mengandung air itu menjadi hujan
apabila hati aku sedikit lega
aku cepat termotivasi diri sendiri, ia datang sendiri
tadi aku rasa nak 'pergi jauh' dari dunia ini
wahai silent readers terima kasih kerana sudi membaca entry ini
kadang-kadang lebih baik meluahkan perasaan pada orang yang langsung kita tak kenal,
langsung tiada pertalian darah, walhal tak pernah jumpa pun
korang tak kenal aku kan?
bagus!!!
itu yang terbaik hingga saat ini
maaf entri kali ini dikala mood aku begitu down
sekadar luahan perasaan seorang gadis
minta diampun!!!
2 comments:
btolbtol..kte ske lagi luah perasaan kat blog..sbb xd sape taw..pas2 org leh bagi komen semangat kat kte..huhu..wlupepon bersbr la ok dgn mslh yg dtg n cubaan yg diberi..
:D
thnx a lot mira
Post a Comment