Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!

Tourists around the world !

Im the Backpakers

My photo
terengganu, Malaysia
now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee

Thursday, March 10, 2011

Orang memberi, kita merasa

Assalamualaikum.


Suka sangat hari ni sebab my best friend balik bercuti. So, kebetulan hari khamis ada pasar malam kat area rumah saya, saya dan dia bersama-sama ke pasar malam..Poyo ayat ~ saya dan dia bersama-sama.haahaa...


Bestfriend saya ni susah nak dapat cuti, al-maklumlah kerjanya merawat orang sakit. Kalau korang nak jumpa dia, sila ke wad penyakit kulit HKL. Orang kecil, kurus tinggi. Mampus saya kalau korang jumpa,kena bantai saya nanti...T_T


Saya dan si dia ni dah lama berkawan, almost 11 years if i'm not mistaken. Rumah kami pun dekat so masa kecik-kecik selalu lah main batu seremban, congkak, penutup botol, bola katok sampai tak ingat dunia...Ada satu hari tu, saya main bola katok sampai hampir maghrib, abah saya apa lagi, datang bawak rotan la. Naik rumah terus kena leter dan hadiah rotan 2,3 bijik...Lepas tu menangis di hujung katil la jawabnya. Tergelak sorang-sorang bila teringat kembali peristiwa tu. 


Okey, disebabkan si dia dah nak balik sabtu pagi, saya memang sah-sah tak jumpa dia dah sebab esok dia banyak agenda lagi so balik pasar malam tadi saya terus kasi hadiah sebab bertambah umur 30 Mac ni. Saya hadiahkan si dia sehelai tudung. Hope she is wearing soon and look so nice!


Then masa tengah syok-syok tengok TV ada pulak orang mengetuk pintu. Saya ingatkan siapa, rupa-rupanya mak si dia dan si dia. Eh, saya ni dari tadi duk pangil si dia-si dia..heee. Biasa saya panggil dia 'jah', kalau tak biasa, saya panggil 'jijah'..harhar...Jah bawa laksa penang untuk saya.Wow, sodappp!!!



Moral of the story : 

Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima.
So sentiasalah bermurah hati kepada kawan-kawan, jiran tetangga dan sesiapa sahaja. Dan jangan sesekali mengharapkan balasan atas pemberian yang kita buat.Saya tak minta dibalaskan tadi? Tak kan? tak kan? Malu saya ! -__-



Terima Kasih sebab sudi baca !

 

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Bilangan pelancong yang singgah