Dinihari yang rebah
mentari menyindir datang
berselerak cendawan kuning di atas titi
aku duduk dikerusi baru nan usang dimamah hujan dan panas
ku sisip kopi dan kek cawan
angin pagi meniup kasih pada wajah sembab
pada mata seakan tidak mahu terbuka
kemboja putih mula menari
walhal hari masih pagi
selamat pagi kekasih
rupanya rindu tak pernah menyisih
Jika aku mampu terbang
tentu telah ku lebarkan sayap
melayang deras mendakapmu
tapi aku hanya mampu mengasih
lalu dalam puisi ku layarkan bahtera rindu
menuju dermaga sepimu.
copyright from :: http://nanirostam.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment