Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!

Tourists around the world !

Im the Backpakers

My photo
terengganu, Malaysia
now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee

Thursday, July 15, 2010

ANDAI ITU TAKDIRNYA

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakang keluarga sederhana,
dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri.



salam to all of you here....

           Hari ni aku nak kongsi sikit aku punya bahan pembacaan.korang suka baca novel tak? aku hantu novel sebenarnya...pantang tengok novel, habis kerja lain aku tinggalkan..Dan apabila aku baca novel ni, aku tak sabar nak tahu kisah dari satu bab ke satu bab sampai makan pun rase tak nak...haaaa
begitu hebat penangan novel in..
           kat atas yang aku light colour merah tu adalah sinopsis novel ini. bagi aku, aku begitu kagum dengan watak perempuan yang bernama leya. dia seorang yang sungguh tabah, tabah dengan dugaan yang melanda. dia dibuang keluarga kerana fitnah seorang kawan pejabat yang menyebabkan dia ditangkap basah. walhal, dia tidak bersalah tetapi dia terperangkap. setelah mendirikan rumahtangga dengan lelaki tersebut, dia sedaya upaya cuba mentaati suaminya walaupun tiada sedikit perasaan kasih dari si suami. padahal suaminya terpikat dengannya sejak zaman belajar lagi tetapi disebabkan ego yang tinggi, syed azril sentiasa menyakiti leya sama ada batin mahupun zahir sehingga leya diperkosa oleh suaminya sendiri.
           namun, dengan bantuan seorang sahabat karib, leya bangkit dengan semangat yang kuat untuk terus hidup demi anak-anaknya. Maha suci Allah yang maha adil lagi maha pengasih, pengorbanan leya tidak sia-sia. setelah ujian yang bertimpa-timpa yang melanda dirinya, akhirnya kebahagiaan muncul juga dalam hidupnya bersama suami tersayang...alhamdulillah


* setiap ujian yang melanda dalam sesebuah rumahtangga sebenarnya menguatkan lagi semangat dan mengikat kasih sayang antara suami isteri.oleh itu, kita haruslah berjuang sedaya mungkin untuk kekal hingga ke syurga..Insyaaallah...

2 comments:

nursharmimi said...

assalamualaikum...bley tau x ape ending cite nih..

Rosliza Roslan said...

wslm...


ending? berkat ksabaran leya, syed azril kesal dgn egonya slama ini.dan leya dgn syed azril bersatu dgn maha kuasa Allah dan hdup bhgia T_T

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Bilangan pelancong yang singgah