Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!

Tourists around the world !

Im the Backpakers

My photo
terengganu, Malaysia
now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee
Showing posts with label Review buku. Show all posts
Showing posts with label Review buku. Show all posts

Thursday, November 18, 2010

I pray, You pray, We pray

Macam mana raya you all semua? Menu daging apa malam ni? Jangan nak tipu cakap tak masak menu daging malam ni...Hahaaha ~ daging goreng, singgang daging, gulai daging..SEDAP!

Entri kali ni, I nak share lagi pasal review buku Indahnya Hidup Bersyariat lagi. Korang rajin ke malas nih? Siapa cakap malas, sila bagi tapak tangan nak rotan nih..tiba-tiba jadi garang Cik Ija kita ni...Hehehe


Jom kita menelaah, bukan menelaah daging tau tapi buku.


Waktu yang baik untuk berdoa :

  • Pada malam qadar ( 10 malam terakhir dalam Bulan Ramadhan)
  • Pada Hari Arafah (9 Zulhijjah ketika jemaah haji wuquf di Arafah)
  • Pada bulan Ramadhan
  • Pada malam Jumaat (malam ni,cepat-cepat berdoa agar tuan blog capai impian dia...(>_<)  nanti tuan blog belanja "makan angin" hehehe)
  • Pada hari Jumaat
  • Waktu berjumat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar samapi imam mengucapkan salam.
  • Pada tengah malam ~ korang rajin ke bangun tengah malam?
  • Seperdua malam yang kedua (selepasjam 12 malam)
  • Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
  • Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi)
  • Pada waktu sahur (sebelum fajar)
  • Sesudah berwuduk
  • Ketika orang azan untuk solat
  • Antara azan dan iqamat
  • Ketika orang mengucapkan iqamat
  • Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil
  • Dalam pertempuran di medan perang
  • Pada akhir tiap-tiap solat fardhu
  • Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau luar solat)
  • Ketika membaca Al-Quran
  • Setelah tamat membaca Al-Quran
  • Ketika minum air zamzam
  • Pada waktu ayam jantan berkokok di waktu pagi (Kok! Kok! Kok!) macam tu ke bunyi ayam berkokok?? Hmm..
  • Pada saat berkumpulnya kaum Muslimin kerana agama
  • Pada waktu berkumpul untuk berzikir
  • Ketika menutupkan mata orang yang telah mati
  • Pada waktu turun hujan ~ bila hujan turun je, tuan blog tal lupa untuk berdoa


Sumber :INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT oleh DATO' ISMAIL KAMUS

Sunday, November 7, 2010

Pokok Malu-Malu


...apabila menjelang senja, Pokok Semalu akan 
   menguncup sebagai isyarat kepada kaum wanita agar menjaga
   kehormatan diri...



Terkedut-kedut dahi korang ye...Suka-suka tengok korang mengedut-ngedutkan dahi. Nanti korang lebih cepat tua berbanding saya walaupun umur lebih muda dari saya. Yes,Yes! Saya gelak sambil guling-guling atas tilam. Ada juga yang nak kena babam kan. Ceh, tetiba guna bahasa bayi pulak! Babam kan!

Dah, jom tengok drama kat bawah ni.Cepat switch on TV. Tik! Oh, macam tu bunyi petik suis eh.






Dialog antara anak-anak dan ayahanda tercinta...(TV hanya angan-angan Mat Jenin)



" Yop,Yop, tengok ni! Naurah suka pokok ni!, anak perempuannya menjerit-jerit memanggil abangnya.

" Ha'ah,daun dia tutup bila kita pegang,' kata Saiful Islam apabila cuba menyentuh daun Pokok Semalu itu.

" Abi, kenapa daun dia tertutup bila kita pegang?" tanya anak saya lagi.

" Sebab dia nak melindungi dirinya daripada dirosakkan," saya menjawab.

" Oh, kalau kita tutup-tutup, kita kan selamat ya?" soal Saiful Islam lagi.




Ok, cerita pendek dah habis. Kalau nak tahu cerita panjang, kena RAJIN. RAJIN beli buku, RAJIN belek-belek buku, RAJIN baca buku Murabbi Cinta dan RAJIN paham ye.





saya dah malu-malu ni, pergi dulu eh. Take care of yourself!

Friday, October 22, 2010

Murabbi Cinta - mukadimah





               Setiap manusia mencari bahagia. Sangka mereka setiap cinta adalah jalannya. Lalu dalam kesungguhan manusia, jalan bahagia karunia sengasara. Cinta mengejar bahagia, namun derita jua kesudahannya. Walhal, cinta itu suci dan fitrah. 

              Sesungguhnya Allah melantik ibu bapa menjadi guru pertama anak-anak kerana kuasa cinta. Anak yang 'bercinta' dengan ibu bapa suka disuruh. Sesungguhnya Allah melantik suami menjadi pemimpin kepada isteri dan anak-anak kerana kuasa cinta. Isteri dan anak yang 'bercinta' dengan pemimpin itu suka disuruh.

              Cinta menjadikan manusia suka disuruh. Agar dengan cinta itu kita suka disuruh lagi disuluh. Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah. Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri.

              Buang emak, buang saudara, kerana cinta yang bukan lagi cinta. Lautan api sanggup direnangi, ikrar pencinta yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka hilang gerunnya. Cinta semalam menjadikan umat Islam umat yang hebat. Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam. Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta.


            Itu adalah antara mukadimah dalam buku "Murabbi Cinta" karangan ustaz Hasizal Abdul Jamil. Dah agak lama saya beli buku ni tapi baru sekarang dapat peluang nak kongsi. Maaf ye. Actually saya dah khatam beberapi kali buku ni tapi masih ada sesetengah bab saya masih tak faham isi kandungannya dan saya terpaksa membacanya berulangkali. Buku ni memang bagus untuk di baca kerana banyak pengalaman hidup yang dikongsi Ustaz Hasrizal yang boleh kita jadikan teladan dan panduan dalam kehidupan, sebab tu saya kongsi dengan awak awak awak semua...heeee

              Tulisan merah tu baru mukadimah okehhh. Best kan kan kan. Siapa cakap tak best saya tak nak kawan...haaaa. Amat mendalam maksudnya bila difikirkan. Fikir. Fikir. Fikir. Next time saya buat entri pasal buku ni untuk setiap tajuk okeh. Tapi pada sesiapa yang tak sabar tu boleh klik di sini untuk baca Blog Ustaz Hasrizal. Korang akan dapat persepsi baru tentang cara berfikir apabila baca artikel-artikel beliau. Setiap pertanyaan masalah mahupun pendapat, beliau tidak akan memberi keputusan untuk masalah itu tetapi beliau akan guide kita untuk kita selesaikan masalah tersebut. Sampai sini dulu ye, mak mertua saya dah panggil...................KOYAAA belaka....ampun !!!





            

Thursday, July 15, 2010

ANDAI ITU TAKDIRNYA

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakang keluarga sederhana,
dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri.



salam to all of you here....

           Hari ni aku nak kongsi sikit aku punya bahan pembacaan.korang suka baca novel tak? aku hantu novel sebenarnya...pantang tengok novel, habis kerja lain aku tinggalkan..Dan apabila aku baca novel ni, aku tak sabar nak tahu kisah dari satu bab ke satu bab sampai makan pun rase tak nak...haaaa
begitu hebat penangan novel in..
           kat atas yang aku light colour merah tu adalah sinopsis novel ini. bagi aku, aku begitu kagum dengan watak perempuan yang bernama leya. dia seorang yang sungguh tabah, tabah dengan dugaan yang melanda. dia dibuang keluarga kerana fitnah seorang kawan pejabat yang menyebabkan dia ditangkap basah. walhal, dia tidak bersalah tetapi dia terperangkap. setelah mendirikan rumahtangga dengan lelaki tersebut, dia sedaya upaya cuba mentaati suaminya walaupun tiada sedikit perasaan kasih dari si suami. padahal suaminya terpikat dengannya sejak zaman belajar lagi tetapi disebabkan ego yang tinggi, syed azril sentiasa menyakiti leya sama ada batin mahupun zahir sehingga leya diperkosa oleh suaminya sendiri.
           namun, dengan bantuan seorang sahabat karib, leya bangkit dengan semangat yang kuat untuk terus hidup demi anak-anaknya. Maha suci Allah yang maha adil lagi maha pengasih, pengorbanan leya tidak sia-sia. setelah ujian yang bertimpa-timpa yang melanda dirinya, akhirnya kebahagiaan muncul juga dalam hidupnya bersama suami tersayang...alhamdulillah


* setiap ujian yang melanda dalam sesebuah rumahtangga sebenarnya menguatkan lagi semangat dan mengikat kasih sayang antara suami isteri.oleh itu, kita haruslah berjuang sedaya mungkin untuk kekal hingga ke syurga..Insyaaallah...
Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Bilangan pelancong yang singgah