Setiap manusia mencari bahagia. Sangka mereka setiap cinta adalah jalannya. Lalu dalam kesungguhan manusia, jalan bahagia karunia sengasara. Cinta mengejar bahagia, namun derita jua kesudahannya. Walhal, cinta itu suci dan fitrah.
Sesungguhnya Allah melantik ibu bapa menjadi guru pertama anak-anak kerana kuasa cinta. Anak yang 'bercinta' dengan ibu bapa suka disuruh. Sesungguhnya Allah melantik suami menjadi pemimpin kepada isteri dan anak-anak kerana kuasa cinta. Isteri dan anak yang 'bercinta' dengan pemimpin itu suka disuruh.
Cinta menjadikan manusia suka disuruh. Agar dengan cinta itu kita suka disuruh lagi disuluh. Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah. Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri.
Buang emak, buang saudara, kerana cinta yang bukan lagi cinta. Lautan api sanggup direnangi, ikrar pencinta yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka hilang gerunnya. Cinta semalam menjadikan umat Islam umat yang hebat. Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam. Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta.
Itu adalah antara mukadimah dalam buku "Murabbi Cinta" karangan ustaz Hasizal Abdul Jamil. Dah agak lama saya beli buku ni tapi baru sekarang dapat peluang nak kongsi. Maaf ye. Actually saya dah khatam beberapi kali buku ni tapi masih ada sesetengah bab saya masih tak faham isi kandungannya dan saya terpaksa membacanya berulangkali. Buku ni memang bagus untuk di baca kerana banyak pengalaman hidup yang dikongsi Ustaz Hasrizal yang boleh kita jadikan teladan dan panduan dalam kehidupan, sebab tu saya kongsi dengan awak awak awak semua...heeee
Tulisan merah tu baru mukadimah okehhh. Best kan kan kan. Siapa cakap tak best saya tak nak kawan...haaaa. Amat mendalam maksudnya bila difikirkan. Fikir. Fikir. Fikir. Next time saya buat entri pasal buku ni untuk setiap tajuk okeh. Tapi pada sesiapa yang tak sabar tu boleh klik di sini untuk baca Blog Ustaz Hasrizal. Korang akan dapat persepsi baru tentang cara berfikir apabila baca artikel-artikel beliau. Setiap pertanyaan masalah mahupun pendapat, beliau tidak akan memberi keputusan untuk masalah itu tetapi beliau akan guide kita untuk kita selesaikan masalah tersebut. Sampai sini dulu ye, mak mertua saya dah panggil...................KOYAAA belaka....ampun !!!
No comments:
Post a Comment