Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!

Tourists around the world !

Im the Backpakers

My photo
terengganu, Malaysia
now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee

Thursday, November 18, 2010

I pray, You pray, We pray

Macam mana raya you all semua? Menu daging apa malam ni? Jangan nak tipu cakap tak masak menu daging malam ni...Hahaaha ~ daging goreng, singgang daging, gulai daging..SEDAP!

Entri kali ni, I nak share lagi pasal review buku Indahnya Hidup Bersyariat lagi. Korang rajin ke malas nih? Siapa cakap malas, sila bagi tapak tangan nak rotan nih..tiba-tiba jadi garang Cik Ija kita ni...Hehehe


Jom kita menelaah, bukan menelaah daging tau tapi buku.


Waktu yang baik untuk berdoa :

  • Pada malam qadar ( 10 malam terakhir dalam Bulan Ramadhan)
  • Pada Hari Arafah (9 Zulhijjah ketika jemaah haji wuquf di Arafah)
  • Pada bulan Ramadhan
  • Pada malam Jumaat (malam ni,cepat-cepat berdoa agar tuan blog capai impian dia...(>_<)  nanti tuan blog belanja "makan angin" hehehe)
  • Pada hari Jumaat
  • Waktu berjumat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar samapi imam mengucapkan salam.
  • Pada tengah malam ~ korang rajin ke bangun tengah malam?
  • Seperdua malam yang kedua (selepasjam 12 malam)
  • Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
  • Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi)
  • Pada waktu sahur (sebelum fajar)
  • Sesudah berwuduk
  • Ketika orang azan untuk solat
  • Antara azan dan iqamat
  • Ketika orang mengucapkan iqamat
  • Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil
  • Dalam pertempuran di medan perang
  • Pada akhir tiap-tiap solat fardhu
  • Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau luar solat)
  • Ketika membaca Al-Quran
  • Setelah tamat membaca Al-Quran
  • Ketika minum air zamzam
  • Pada waktu ayam jantan berkokok di waktu pagi (Kok! Kok! Kok!) macam tu ke bunyi ayam berkokok?? Hmm..
  • Pada saat berkumpulnya kaum Muslimin kerana agama
  • Pada waktu berkumpul untuk berzikir
  • Ketika menutupkan mata orang yang telah mati
  • Pada waktu turun hujan ~ bila hujan turun je, tuan blog tal lupa untuk berdoa


Sumber :INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT oleh DATO' ISMAIL KAMUS
Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Bilangan pelancong yang singgah