Sangat banyak entri yang beratur dalam kepala seperti budak-budak sekolah rendah beratur untuk membeli makanan di kantin. Entri kesayanganku di institut pengajian tinggi kalah di tempat ketiga, entri teman tawa dan nangis kalah di tempat kedua. Juara adalah ini :
Kebarangkalian cuaca panas, mendung dan hujan adalah tidak dapat diramal oleh kita kerana di sekolah kita hanya belajar gerhana bulan, gerhana matahari dan bukan gerhana hati. o_OKalau ada belajar pun hanya bagaimana titisan hujan turun dalam subjek geografi.
OK, hari ni jom ke sekolah Selendang Kasih untuk mengetahui banyak atau sedikit ilmu bergantung pada tahap kekusyukan korang tentang kebaikan melon yang terdiri daripada tiga jenis melon iaitu 'cantaloupe', 'watermelon', dan 'honeydew'. Saya paling gemar watermelon. Ecece...bila masa nak sebut nama buah aje speaking aje...LOL...Kebaikan dalam Melons :
Boost energy :
Kalau direct translation adalah memperkembangkan lagi tenaga kerana kaya dengan vitamin B.
Vitamin B bertanggungjawab untuk memproses gula dalam badan. Lepas makan nasi sila makan
watermelon pulak. Nanti tenaga anda kuat seperti SUPERMAN! O_o
Cancer Prevention :
Terdapat pigmen tumbuhan yang berwarna merah dalam watermelon yang menghalang pertumbuhan
kanser prostat, kanser hati dan kanser kolon. Sebut aje kanser automatik ingat hospital
terus ingat... LOL. Kalau rasa tak nak jumpa doktor hensem, amalkan selalu makan melons
Lower Blood Presure :
Tekanan darah dapat dikawal sebab ada potasium. Kalau tekanan darah rendah jangan susahkan
diri nak derma darah okeh. Sebab gerenti korang tak kan lepas .heee
Diabetes :
Komponen mineral seperti potasium dan magnesium yang terdapat dalam watermelon membantu
mengurangkan gula dalam darah. Jadi kamu akan HEALTY.
For Weight Loss :
Kalau nak try boleh tak dapat bentuk badan cekci, pergi pasar beli watermelon. Tetiba
cakap seksi dengan nada gedik 'cekci'.
Helpful for Women :
Baik untuk ibu, baik untuk fetus, baik untuk bayi. Bayi yang sihat bermula dengan
pemakanan ibu yang sihat. Nanti dapat bayi yang 'sihat'..heee
Beneficial for Eyes :
Waktu malam tak perlu risau la untuk keluar apabila menyempurnakan harimu dengan
watermelon. Yeahh, jadi kutu rayau korang lepas ni eh.
Cikgu : Sekian pembelajaran hari ini. Cikgu harap kamu take note ye. Jangan lupa ulang dan kaji.
Nak lebih info cari kat sini
Ketua kelas : Bangun semua ! Terima kasih cikgu !
Cikgu : Sama-sama murid-murid
Jumpa lagi
!
No comments:
Post a Comment