Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!

Tourists around the world !

Im the Backpakers

My photo
terengganu, Malaysia
now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee
Showing posts with label sudut mencantikkan diri. Show all posts
Showing posts with label sudut mencantikkan diri. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

Ibu segala ubatan

Assalamualaikum...




Tok kita tak sihat, penyakit lelah datang dan pergi dan kembali lagi. Jadi atas nasihat kawan mama, atok disuruh minum segelas air bersama satu sudu madu. Dan alhamdulillah setakat hari ini,atok tak lelah lagi. I was surprised with the result !!! Then i google to know the benefits of honey.....


Madu mengandungi aneka zat gizi seperti karbohidrat, protein,  asid amino, vitamin, dan mineral. Selain itu, madu juga mengandungi antibiotik, yang mana apabila seseorang makan madu,seribu uabt masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar dari perutnya. Begitulah kehebatan  madu yg digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah sendiri meminum sesudu madu bersama segelas air  ketika perut masih kosong. Madu dianggap sebagai ibu segala makanan, minuman dan ubatan.

Antara khasiat madu :

a) Madu memulih penyakit lelah dan batuk
b) Madu menghindar badan daripada letih dan lesu
c) Madu penawar resdung
d) Madu memudahkan proses pembuangan air besar
e) Madu mengurangkan kesakitan ketika datang haid
f) Madu baik untuk proses penyembuhan luka, kelecuran akibat api, air panas, 
   ekzos motor dan minyak panas.Elok juga untuk penyakit kulit
g) Madu mengstabilkan kandungan gula dalam darah bagi penghidap diabetis
h) Madu penawar resdung
i) Madu menambah kejelitaan dan kehenseman sang arjuna dan si dara
j) Madu berkhasiat bagi ibu yang mengandung, ibu yang baru bersalin, kanak-
   kanak
k) Madu membersih dan menambah darah



Dalam al-quran pun ada menyebut kebaikan madu, bunyinya lebih kurang begini...

 “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “ buatlah sarang-sarang di bukit-bukit dan ditempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”

(An-Nahl: 68-69)


Thanks for reading !

LOVE YOU !

Tuesday, January 18, 2011

10 cara tradisi hilangkan parut



Kata orang, 'Kalau nak tahu pasal diri sendiri, CERMIN lah diri sendiri'. Tapi bila tengok cermin...Oopsss, ada parutlah ! Camna tu? Parut adalah kesan dari tercedera ketika memasak, terjatuh ~ opocottt! ,ataupun bekas jerawat yang dipicit sebab tangan sangatlah GATAL...

Jadi solutionnya gimana si?


Jom countdown, bebeh



10. LIDAH BUAYA :

Gel lidah buaya disapukan ke kawasan luka yang masih baru. Please  jangan mintak 
dengan buaya darat sebab diorang memang tak tau okeh!


9.  KAYU CENDANA : 

Air mawar dicampur bersama kayu cendana. Kemudian sapukan pada parut sebelum tidur. Sebut kayu cendana ingat peribahasa ini   'Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu.................meneka pula' ~ melencong dari kebiasaan...XOXO


8. JUS LEMON

Mempunyai tahap keasidan yang tinggi sebab tu boleh hilangkan bekas luka dan belang-belang di kulit. Boleh buat mask jugak tau, cuma hiris 1 slice then sapu kat muka la, apa lagi!! heeee... 
Saya paling suka cara ini,sangat efektif tau!


7. MINYAK LAVENDER

Minyak ini perlu disapu pada luka dengan menggunakan kapas,2 kali sehari


6. MADU

Madu, ditangan kananku, 
Racun, ditangan kiriku...hah, pilihlah..hahahaa
Cara yang paling mudah, ambil madu then sapu pada parut..  (^_^)


5. JUS TIMUN

Sambil masak pun boleh hilangkan parut. Just potong timun then blend then buat masker. Biar selama 15 minit then basuh dengan air suam bebeh.


4. MINYAK KELAPA

Pergi panjat pokok kelapa, kopek kulitnya, mesin kelapa then bla..bla..bla...>>>TIPU JE
Beli je minyak kelapa dan sapu pada parut ye sayang


3. MINYAK ZAITUN

Same seperti di atas, tak payah aku reka cerita dongeng semata-mata


2. TEH HIJAU

Cari daun teh hijau dekat Cameron Highlands~ tak payah
Teh hijau dibasahkan dengan menggunakan kapas dan disapu pada parut


1. DAUN PUDINA

Pergi cari daun pudina yang wangi tuh, kemudian hancurkan hingga halus. Masukkan daun pudina yang sudah dihancurkan dalam kain perca yang bersih, then bolehlah disapu pada parut.




semua tips ini diolah daripada Majalah Remaja

cau dulu you all  !!!



Monday, December 27, 2010

Baik untuk darah tinggi dan sakit kepala


Sebab kerja yang bertimbun-timbun, mata kejap gelap kejap cerah. Then masalah cinta monyet dan buaya darat lagi, semuanya boleh buat kau dapat sakit kepala. Then makan tak tentu waktu dan semua makanan kau tibai asal kau kenyang. Mulalah pelbagai penyakit hinggap kat badan. Salah satu penyakit darah tinggi. Salah dua, kencing manis. Salah tiga, kau pikir sendiri....


Biasa golongan muda-mudi sekarang hanya kenal panadol. Makan panadol then tidur-tidur ayam 
sampai 2, 3 jam. Hello, tidur-tidur ayam ke !!


Okeh, bagi golongan yang mencintai rempah-ratus nenek moyang dahulu kala sebelum televisyen gambar hitam putih, let try this easy tips. Ambil sedikit kulit kayu manis, rendam dalam air suam dan di tutup. 
Selepas satu jam, minum...nah, tiada lagi  sakit kepala. Tekanan darah pun segan nak lompat tinggi-tinggi. 

Please cuba dong !
Nenek pasti sayang kamooo!!!


Sunday, December 19, 2010

kulit halus,muda senantiasa



Selamat Pagi, assalamualaikum...


"Bangun bang. Abanggggg, bangunnnn.!!!  Tengok ni". Abang bangun dengan mata mula-mula sepet, lepas tuh terus membulat macam mata kucing (o_o) >>>  (o_O) >>> (O_O) >>>   TERUS TAK NGANTUK-NGANTUKKK..Ishhh...

























bersambung......abang dah tidur balik >>>




Apa first impression korang pasa gambar-gambar kat atas? CANTIK... Ya betulllll !! Pintar, bijak, cerdik korang ye...Nah,saya upah sate satu cucuk seorang!. Saya tak tau la macam mana dioarang ni jaga muka, 
berhabis duit beribu-ribu ke,selalu pergi spa ke, apa ke kan...




Yang penting, hari ni saya nak kongsi cara mendapat kulit yang halus mulus seperti mereka tanpa keluarkan atau rompak duit kat bank iaitu dengan cara yang senang dan murah..Kalau nak cuba, pergi curi buah tomato mak korang dalam peti ais. Kemudia buah tomato dikisar halus dan hancur tau. Then, lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.




Kulit muka dah halus tu mesti la nak dijaga kan biar sentiasa muda belia gituuu!!. So, semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi...InsyaAllah







Wednesday, December 15, 2010

Health Benefits of Melons











Sangat banyak entri yang beratur dalam kepala seperti budak-budak sekolah rendah beratur untuk membeli makanan di kantin. Entri kesayanganku di institut pengajian tinggi kalah di tempat ketiga, entri teman tawa dan nangis kalah di tempat kedua. Juara adalah ini :




Health Benefits of Melons




Kebarangkalian cuaca panas, mendung dan hujan adalah tidak dapat diramal oleh kita kerana di sekolah kita hanya belajar gerhana bulan, gerhana matahari dan bukan gerhana hati.   o_OKalau ada belajar pun hanya bagaimana titisan hujan turun dalam subjek geografi.



OK, hari ni jom ke sekolah Selendang Kasih untuk mengetahui banyak atau sedikit ilmu bergantung pada tahap kekusyukan korang tentang kebaikan melon yang terdiri daripada tiga jenis melon iaitu 'cantaloupe', 'watermelon', dan 'honeydew'. Saya paling gemar watermelon. Ecece...bila masa nak sebut nama buah aje speaking aje...LOL...Kebaikan dalam  Melons :



 Boost energy : 
Kalau direct translation  adalah memperkembangkan lagi tenaga kerana kaya dengan vitamin B. 
Vitamin B bertanggungjawab untuk memproses gula dalam badan. Lepas makan nasi sila makan 
watermelon pulak. Nanti tenaga anda kuat seperti SUPERMAN! O_o


 Cancer Prevention : 
 Terdapat pigmen tumbuhan yang berwarna merah dalam watermelon yang menghalang pertumbuhan 
kanser prostat, kanser hati dan kanser kolon. Sebut aje kanser automatik ingat hospital 
terus ingat... LOL. Kalau rasa tak nak jumpa doktor hensem, amalkan selalu makan melons


 Lower Blood Presure : 
 Tekanan darah dapat dikawal sebab ada potasium. Kalau tekanan darah rendah jangan susahkan 
diri nak derma darah okeh. Sebab gerenti korang tak kan lepas .heee


 Diabetes : 
 Komponen mineral seperti potasium dan magnesium yang terdapat dalam watermelon  membantu   
 mengurangkan gula dalam darah. Jadi  kamu akan HEALTY. 


 For Weight Loss : 
 Kalau nak try boleh tak dapat bentuk badan cekci, pergi pasar beli watermelon. Tetiba 
 cakap seksi dengan nada gedik 'cekci'.


 Helpful for Women : 
 Baik untuk ibu, baik untuk fetus, baik untuk bayi. Bayi yang sihat bermula dengan 
pemakanan ibu yang sihat. Nanti dapat bayi yang 'sihat'..heee


 Beneficial for Eyes : 
Waktu malam tak perlu risau la untuk keluar apabila menyempurnakan harimu dengan  
watermelon. Yeahh, jadi kutu rayau korang lepas ni eh.





Cikgu :  Sekian pembelajaran hari ini. Cikgu harap kamu take note ye. Jangan lupa ulang dan kaji.
              Nak lebih info cari kat sini

Ketua kelas :  Bangun semua ! Terima kasih cikgu !

Cikgu :  Sama-sama murid-murid
              Jumpa lagi 



!

Sunday, December 12, 2010

Rambut macam model

mari adik mari abang mari achik, angah, along...
murah murah...mari-mari kemari
mari beli limau nipis, limau kasturi, limau bali, limau apa lagi eh...'glupp'

saje berlagak jadi penjual pasar malam..heee
yang aku nak highlight limau nipis je tapi dek kerana terlajak habis semua jenis limau aku sebut..
korang tahu tak sebab apa aku suruh korang beli limau nipis tu?
bukan saja-saja tau..

dah beli belum?
jom kita pergi dapur..
bukan nak masak
nak buat air limau nipis pun bukan...
tapi nak bagi petua, tip kat korang ni...

First, ambil 5 biji limau nipis dan kisar hingga halus. Dengan kulit sekali okeh.
Then, tapis dan sapu airnya di kepala sebaik-baiknya sebelum mandi.
Dan perap beberapa ketika. Cam perap ayam je bunyinya kan..haaaahahaaa

After that, cuci rambut. Lakukan berulang kali dengan konsisten.
Dan tadaaaa...rambut korang akan jadi lembut, beralun dan cantik macam model...
Nak jadi model tak? Jadi ikut petua yang aku bagi nih...

Aku baru cuba malam ni,wangi je baunya ni...
Malam ni je bau wangi..kihkih...
Ok,malam semua. I nak mimpi jadi model dulu..Daaaaa

Monday, October 25, 2010

Rambut bagai dawai besi ! Oh,no!




Hmm...wangi wangi wangi. Sewangi Dove. Baru je cuci rambut. Sambil cium cium rambut sambil buat entry ni. Actually, saya dah lama guna Dove tapi hanya guna shampoo sahaja. Malas nak guna conditioner. Apa malas?  Ok, jom ikut saya pergi dalam poket doraemon untuk tahu sebab-sebabnya. Weeee! Mesti best kan masuk poket doraemon, macam-macam adaaaa...



Dah! Back to reality, sebelum ni, saya memang tak suka tak suka dan tak suka pakai conditioner sebab ia sangat melekit pada rambut. Lepas basuh pun still rasa macam ada lagi contioner tu kat rambut kita. Eh, rambut saya. Dah banyak kali cuba conditioner shampoo yang ada di pasaran. Sehinggalah saya diperkenalkan dengan produk Dove oleh adik cantik manis Hanis Zalikha . Saya adalah peminat blog adik manis ni, jadi saya akan cuba apa yang dia syorkan. Bodek Hanis Zalikha lagi! Bodek aje.hahaha.



Oleh kerana kedegilan saya untuk pakai conditioner sebelum ni, maka rambut saya sangat la tak cantik, kering, menggerbang bak penyapu yang dah lama berkhidmat, tidak terurus dan semestinya susah nak di urus. Senang lagi nak urus rambut patung Barbie tau! Macam pernah main patung Barbie je saya cakap macam tu. At the end, rambut saya seperti "padang jarak, padang terkukur". Eh! Silap peribahasa lagi. Baik guna peribahasa rekaan saya. Jadilah rambut saya macam dawai besi.



But! From reading entri cik adik manis tu, saya disiplinkan diri pakai conditioner Dove dan ikut petua adik cantik manis tu seperti jangan sesekali basuh rambut pada waktu siang. Di ulang! Jangan sesekali! Apabila bersyampu sila bilas dengan air panas dan guna air sejuk selepas apply conditoner. Bangun tidur esoknya baru pakai Leave On Cream. Boleh juga pakai apabila rambut serabai. Dan satu lagi saya hampir terlupa, sila pakai Intense Repair Overnight Treatment sebelum tidur selepas basuh rambut. Sila lupa jika mahu sejarah rambut lama berulang!


Alhamdulillah! Hasilnya amat memuaskan hati saya. Cuba buat muka puas sekali .(>_<)

Taknak cuba ke? Puas saya meyakinkan awak awak semua! Rambut pasti sihat bersinar!
Cubalah, semua set ni ada 4. Intense Repair Shampoo, Intense Repair Conditioner, Intense Repair Overnight Treatment, Leave On Cream.See picture kat bawah nih. I 'curi' picture from http://inibelogsaya.blogspot.com/ Alaa, dari blog adik cantik manis tu.Minta izin ye!










Tuesday, July 27, 2010

rasa nak wangi je sepanjang masa

pagi ni da berapa kali aku gesel minyak wangi..masa bersiap-siap nak pergi kerja, pakai minyak wangi JF(avon), dah sampai pejabat buat kerja, lepas siap buat kerja pergi sarapan. balik dari sarapan pakai minyak wangi lagi, jenama tommorrow(avon). eh..eh..asyik avon jer, tak ada jenama lain ke? memang minah avon betul..heee..bukan avon je, one drop perfume pun aku suka. sekarang tengah gila minyak wangi enchanteur pula.bau nya memang best lah.tunngu gaji nanti aku nak boronglah.mmm...wangiiii!!!




tak sampai sejam lepas tu, lumur lotion pulak minah ni(Johnsons-melt away stress). konon-konon tengah stress..teehee.baunya memang wangi habislah, tiada tolok bandingnya. buka blog tengok page hanis zhalika, ada pulak si cantik ni promote lotion vaselin.aku tak penah pulak pakai lotion vaselin tapi pernah pakai  vaselin intensive care, macam pelembab juga lah, boleh lumur kat siku, bibir.biasa kat tempat-tempat seperti siku, lutut memang cepat kering kan.so kene lumur banyak-banyak untuk elak kulit kering dan semestinya untuk mencantikkan kulit. tak nak kulit cantik ke? minah ni mau je.





balik dari lunch pun aku gesel lagi minyak wangi kat pergelangan tangan. tadi masa lunch dah pergi guardian cuci mata, tertengok pulak minyak wangi, apa lagi gesel lagi lah...PERCUMA kan..(^_^). malam ni lepas mandi nak lumur lotion lagi la. i suka tidur dengan badan wangi-wangi. mana ada orang tak suka bau wangi-wangi kan. CUBA GESEL PERGELANGAN TANGAN KORANG KAT PERFUME KAT BAWAH, ADA BAU TAK? (stail avon jugak nih)






SELAMAT MEWANGIKAN DIRI   !!!



Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Bilangan pelancong yang singgah