Assalamualaikum...
Tok kita tak sihat, penyakit lelah datang dan pergi dan kembali lagi. Jadi atas nasihat kawan mama, atok disuruh minum segelas air bersama satu sudu madu. Dan alhamdulillah setakat hari ini,atok tak lelah lagi. I was surprised with the result !!! Then i google to know the benefits of honey.....
Madu mengandungi aneka zat gizi seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, dan mineral. Selain itu, madu juga mengandungi antibiotik, yang mana apabila seseorang makan madu,seribu uabt masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar dari perutnya. Begitulah kehebatan madu yg digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah sendiri meminum sesudu madu bersama segelas air ketika perut masih kosong. Madu dianggap sebagai ibu segala makanan, minuman dan ubatan.
Antara khasiat madu :
a) Madu memulih penyakit lelah dan batuk
b) Madu menghindar badan daripada letih dan lesu
c) Madu penawar resdung
d) Madu memudahkan proses pembuangan air besar
e) Madu mengurangkan kesakitan ketika datang haid
f) Madu baik untuk proses penyembuhan luka, kelecuran akibat api, air panas,
ekzos motor dan minyak panas.Elok juga untuk penyakit kulit
g) Madu mengstabilkan kandungan gula dalam darah bagi penghidap diabetis
h) Madu penawar resdung
i) Madu menambah kejelitaan dan kehenseman sang arjuna dan si dara
j) Madu berkhasiat bagi ibu yang mengandung, ibu yang baru bersalin, kanak-
kanak
k) Madu membersih dan menambah darah
Dalam al-quran pun ada menyebut kebaikan madu, bunyinya lebih kurang begini...
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “ buatlah sarang-sarang di bukit-bukit dan ditempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”
(An-Nahl: 68-69)
Thanks for reading !
LOVE YOU !