Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!

Tourists around the world !

Im the Backpakers

My photo
terengganu, Malaysia
now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee

Tuesday, February 22, 2011

hati sebesar cawan atau hati sebesar kolam?

Assalamualaikum...




Kadang-kadang hati begitu resah, tidak keruan memikirkan tentang sesuatu. Dugaan datang tanpa dijemput, musibah datang tiada petanda. Itulah pentas  kehidupan di dunia ini. 


Kata ulama, jika seseorang diuji maka Allah amat sayang padanya. Namun, bagaimanakah kita boleh bermanis muka jika dugaan datang bertimpa-timpa?
Begitu juga dengan diriku, musibah yang datang kadang-kadang, bukan selalu je aku buat muka masam. Tak tahu sudah bagaimana mahu bermanis muka di kala kepala sedang berserabut.


Tapi penjelajahanku di dunia maya menemukan aku dengan suatu dimensi baru dan pemikiran yang baru. Tidak akan ada seorang manusia di dunia ini hidup tanpa musibah. Tapi bagaimanakah kita melihat musibah itu?


Cuba kamu ambil segelas air kosong bersama satu peket garam. Kamu minum. Apa rasanya? Masin bukan...
Dan cuba kamu ambil satu peket garam lagi dan letak dalam sebuah kolam. Dan kamu minum. Apa rasanya? Adakah airnya masin seperti tadi?


Begitulah kesudahannya. Umpamakan garam itu adalah masalah/musibah. Manakala gelas dan kolam adalah hati kita. Setiap daripada kita tidak lekang daripada masalah, jika hati kita sebesar gelas maka kita akan merasa pahitnya masalah itu,pedihnya hati, serta kita sentiasa keluh kesah. Tetapi jika hati kita sebesar kolam maka masalah tidak akan membelenggu kita. Sebesar mana pun masalah datang menimpa, kita masih boleh tersenyum gembira. Ini kerana masalah hadir bukan untuk menyusahkan kita tetapi untuk mematangkan kita.


Oleh itu, marilah kita sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada. Hati tenang, jiwa pun bersih.


Thank you!








2 comments:

Fairus Bin Mamat said...

INSYAALLAH..

Rosliza Roslan said...

lets make people dont know about our problem..haaa

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Bilangan pelancong yang singgah