Selamat Pagi Cikgu !!! hehe...Itulah antara trademark kartun upin ipin. Betul tak? Betul...Betul...Betul...T_T. Tiap-tiap hari akan terpacaklah kak ros depan tv tengok adik-adiknya...heee. Korang keliru ke? Maksud saya, kak ros yang terpacak depan tv tu saya la. Masa study dulu kawan-kawan paling suka panggil saya kak ros. Tak tau kenapa, jenuh dah saya suruh dorang panggil liza tapi nama kak ros lagi mendominasi nampaknya...
Saya sukakan kartun ni sebab banyak episod memaparkan kisah-kisah saya di zaman kecil, zaman masih berhingus lagi. Main lempar selipar, main guli, bola katok, sekarang panggil (softbol) okeh. Mengimbau kembali zaman silam makes me miss that moment so much.Boleh tak masuk poket doraemon jap nak back to zaman berhingus...haha
Dalam kartun ni juga banyak watak-watak yang menarik seperti kak ros yang garang, nenek yang amat penyayang, fizi yang pelat, mail yang mata $$$ dan sebagainya. Memang tak bosan la. Kartun ni juga terdiri daripada pelbagai bangsa sama seperti konsep 1 Malaysia.
Kalau korang dapat pegang satu watak dalam kartun ni,watak apa idaman korang ye?
4 comments:
hehehe akak tak tengok kartun ni jadi tak tau nak jadi watak apa..tapi kenal trademark upin ipin yg selalu cakap "betul betul betul" tu :D
betul3! sy bg watak opah nak ?? T_T
boleh! janji ada 'datuk' di sisi, kahkahkah!
janjiiiii !!! haaa
Post a Comment