Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!

Tourists around the world !

Im the Backpakers

My photo
terengganu, Malaysia
now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee

Thursday, October 28, 2010

Awan mengandung air !

Awan sedang mengandung air lah! Apa nak buat eh? Nak buat apa eh? Makan? Tidur? Eh, kau ni nak mengajar Bahasa Malaysia ke malam-malam time orang dah sedap-sedap feeling nak ZZZZZZZZzzzzzzzzz....  Tu je yang kau tahu kan time hujan hujan. LOL !

Kurelakan KAU pergi ! Oh, Bukan awak lah. Dia lah. HUJAN! Pandai kau letak kata ganti nama 'dia' untuk hujan erk! Baik kau masuk rendah balik. Apa tak paham? Rendah mean sekolah rendah okeh. Tak bagi langsung I nak jimat air liur yang tiada berbayar nih.
( sambil dengar lagu dari Kumpulan OKAY - Kurelakan kau pergi)

OK! Awan mengandung air dah pergi. I pun kena PERGI ! Esok-esok dia datang lagi. Pergi honeymoon kat tempat lain pula la tuh. Tak tunggu esok esok. Tu dia datang lagi!



Sekian ceritera cinta AWAN MENGANDUNG AIR !

Tuesday, October 26, 2010

Doa Tenang

Perasaan sangat tenang bila tadah telinga dengar lagu-lagu Maher Zain. Eh! Nak dengar pun kena tadah telinga ke? Bukan ke telinga kita tak leh nak gerak-gerak dah macam tangan ke kaki ke mulut ke. Telinga kita kan statik, so maksud I, tadah telinga tu maknanya kita bagi perhatian pada apa yang kita dengar. Korang dah tahu kan. Saja nak Cikgu Liza terang panjang-panjang kan. Saja nak manja-manja kan.

Perasaan yang tenang juga datang apabila hati kita pergi tempat-tempat yang damai seperti pantai, hutan dan seumpama dengannya okeh! Kenapa I cakap macam tu? Kalau korang pergi pantai, apa korang nampak? Laut? Laut tu air kan. Air merupakan suatu elemen ketenangan. Ditambah pulak dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Rasa tak nak balik rumah je kan. Kalau korang masuk hutan pulak, korang akan nampak kiri, kanan, depan, belakang, semua banyak warna hijau kan. Warna hijau kan adalah warna ketenangan. Ditambah pulak dengan kicau burung menyanyi. Yeke korang dengar burung nyanyi? hehe..


Burung Kakak Tua, 
Hinggap di jendela, 
Nenek sudah tua,
Giginya tinggal dua...


Ingat lagi lagu nih? Masa kecil-kecil suka nyanyi lagu ni. Bila besar malu pulak nak nyanyi lagu kanak-kanak riang...muka I malu     (>_<)


Dan yang penting hati akan sentiasa tenang bila kita sentiasa ingat Allah dalam apa jua keadaan dan sentiasa memohon doa. Kali ni I share Doa Tenang Putus Cinta untuk budak itu !


   Doa Tenang Akibat Putus Cinta

- Surah Ar-Ra'ad ayat 39 -

Monday, October 25, 2010

Rambut bagai dawai besi ! Oh,no!




Hmm...wangi wangi wangi. Sewangi Dove. Baru je cuci rambut. Sambil cium cium rambut sambil buat entry ni. Actually, saya dah lama guna Dove tapi hanya guna shampoo sahaja. Malas nak guna conditioner. Apa malas?  Ok, jom ikut saya pergi dalam poket doraemon untuk tahu sebab-sebabnya. Weeee! Mesti best kan masuk poket doraemon, macam-macam adaaaa...



Dah! Back to reality, sebelum ni, saya memang tak suka tak suka dan tak suka pakai conditioner sebab ia sangat melekit pada rambut. Lepas basuh pun still rasa macam ada lagi contioner tu kat rambut kita. Eh, rambut saya. Dah banyak kali cuba conditioner shampoo yang ada di pasaran. Sehinggalah saya diperkenalkan dengan produk Dove oleh adik cantik manis Hanis Zalikha . Saya adalah peminat blog adik manis ni, jadi saya akan cuba apa yang dia syorkan. Bodek Hanis Zalikha lagi! Bodek aje.hahaha.



Oleh kerana kedegilan saya untuk pakai conditioner sebelum ni, maka rambut saya sangat la tak cantik, kering, menggerbang bak penyapu yang dah lama berkhidmat, tidak terurus dan semestinya susah nak di urus. Senang lagi nak urus rambut patung Barbie tau! Macam pernah main patung Barbie je saya cakap macam tu. At the end, rambut saya seperti "padang jarak, padang terkukur". Eh! Silap peribahasa lagi. Baik guna peribahasa rekaan saya. Jadilah rambut saya macam dawai besi.



But! From reading entri cik adik manis tu, saya disiplinkan diri pakai conditioner Dove dan ikut petua adik cantik manis tu seperti jangan sesekali basuh rambut pada waktu siang. Di ulang! Jangan sesekali! Apabila bersyampu sila bilas dengan air panas dan guna air sejuk selepas apply conditoner. Bangun tidur esoknya baru pakai Leave On Cream. Boleh juga pakai apabila rambut serabai. Dan satu lagi saya hampir terlupa, sila pakai Intense Repair Overnight Treatment sebelum tidur selepas basuh rambut. Sila lupa jika mahu sejarah rambut lama berulang!


Alhamdulillah! Hasilnya amat memuaskan hati saya. Cuba buat muka puas sekali .(>_<)

Taknak cuba ke? Puas saya meyakinkan awak awak semua! Rambut pasti sihat bersinar!
Cubalah, semua set ni ada 4. Intense Repair Shampoo, Intense Repair Conditioner, Intense Repair Overnight Treatment, Leave On Cream.See picture kat bawah nih. I 'curi' picture from http://inibelogsaya.blogspot.com/ Alaa, dari blog adik cantik manis tu.Minta izin ye!










Sunday, October 24, 2010

agar-agar dari hati ke hati






ini hanya sebahagian bukti saya cinta sama mereka mereka
eh, terbantut nak menaip sebab kena pergi isi minyak sebelum sambung cerita pagi ni!
serius, sangat lapar tahap tak boleh nak taip dah dan terketar-ketar..damn!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
30 minit
-
-
-
-
-
-
-
-
-
20 minit
-
-
-
-
-
-
-
-
-
10 minit
-
-
-
-
-
-
-
-
5 minit
-
-
-
-
-
-
3 minit
-
-
-
-
-
2 minit
-
-
-
-
-
akhirnya......erkkk! alhamdulillah...

ni nak bagi saya makan lagi ke ?
saya dah kenyang tau, tolong jangan paksa saya atau goda-goda saya lagi.
saya dah insaf untuk seketika ini.
sila goda tengahari ke, petang ni ke, malam ni ke, okey jugak.




sedappp wooo!
ni saya buat masa cuti hujung minggu lepas
selepas cuti hujung minggu, maknanya hari ahad okeh sebab terengganu kan cuti hujung minggu jatuh
hari jumaat dan hari sabtu. kenapa jatuh erk? apa-apa laa...

ni nak resepi ke tak?
kalau taknak, saya nak pergi karaoke pulak...time keje laaa.cancel!







Bahan-bahan


1 peket agar-agar
1 tin laici
1/2 tin susu cair
4 sudu gula
sedikit pewarna strawberry
4 cawan air


Cara-cara


1. Masukkan air bersama agar-agar. Tunggu hingga agar-agar hancur.
2. Selepas itu masukkan susu cair dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan agar-agar yang sudah siap ke dalam bekas acuan selepas mengasingkan lebih kurang
    4 sudu agar-agar untuk diwarnakan.
    >>> kau ingat rambut je nak kene warna, agar-agar pun sama tau. kasi meriah sikit
4. Selepas itu pandai-pandai kau la nak bagi corak macam mana dekat agar-agar kau tuh.
    yang penting kena ikhlas sebab namanya pun 'agar-agar dari hati ke hati' kan....



okeh, sekarang pergi Giant cepat! acu cuba try test resepi saya.cau cincau!






Saturday, October 23, 2010

diari hujung minggu sabtu




morning my sunshine!!!

Wah !!! Sungguh awal bangun hari ini. Lepas subuh tak tidur-tidur ayam ke tidur-tidur kambing ke. Eh silap peribahasa untuk kambing hanya 'mandi kambing', tiada tidur kambing, sila abaikan yer. Mood pagi ni sangat baik, tenang, cool.'mat kool, mat kool, kawanku'. Pernah dengar tak tagline tuh? haaaa... Ingat kat aiskrim pulak. 

Mula-mula jadi maid di rumah sendiri dengan mengelap kipas, vakum lantai..vrooooooommmm....macam naik motor pun ada bunyinya. Bila dah tak ada habuk di sekeliling rumah, I jadi tukang cuci >> koya je, macam dia yang basuh baju, mesin basuh yang tolong kau okeh. Kau main letak je baju-baju dalam baldi  @ besen besar berteknologi aka mesin basuh tuh. Lepas jadi maid I tukar profession jadi chef pulak. Menu hari ini ikan goreng dan sayur tener tumis sahaja>>>menu sihat okeh.



  esok I upload gambar okeh sebab internet sangat lembab macam......tettttt !!!




Friday, October 22, 2010

Murabbi Cinta - mukadimah





               Setiap manusia mencari bahagia. Sangka mereka setiap cinta adalah jalannya. Lalu dalam kesungguhan manusia, jalan bahagia karunia sengasara. Cinta mengejar bahagia, namun derita jua kesudahannya. Walhal, cinta itu suci dan fitrah. 

              Sesungguhnya Allah melantik ibu bapa menjadi guru pertama anak-anak kerana kuasa cinta. Anak yang 'bercinta' dengan ibu bapa suka disuruh. Sesungguhnya Allah melantik suami menjadi pemimpin kepada isteri dan anak-anak kerana kuasa cinta. Isteri dan anak yang 'bercinta' dengan pemimpin itu suka disuruh.

              Cinta menjadikan manusia suka disuruh. Agar dengan cinta itu kita suka disuruh lagi disuluh. Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah. Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri.

              Buang emak, buang saudara, kerana cinta yang bukan lagi cinta. Lautan api sanggup direnangi, ikrar pencinta yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka hilang gerunnya. Cinta semalam menjadikan umat Islam umat yang hebat. Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam. Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta.


            Itu adalah antara mukadimah dalam buku "Murabbi Cinta" karangan ustaz Hasizal Abdul Jamil. Dah agak lama saya beli buku ni tapi baru sekarang dapat peluang nak kongsi. Maaf ye. Actually saya dah khatam beberapi kali buku ni tapi masih ada sesetengah bab saya masih tak faham isi kandungannya dan saya terpaksa membacanya berulangkali. Buku ni memang bagus untuk di baca kerana banyak pengalaman hidup yang dikongsi Ustaz Hasrizal yang boleh kita jadikan teladan dan panduan dalam kehidupan, sebab tu saya kongsi dengan awak awak awak semua...heeee

              Tulisan merah tu baru mukadimah okehhh. Best kan kan kan. Siapa cakap tak best saya tak nak kawan...haaaa. Amat mendalam maksudnya bila difikirkan. Fikir. Fikir. Fikir. Next time saya buat entri pasal buku ni untuk setiap tajuk okeh. Tapi pada sesiapa yang tak sabar tu boleh klik di sini untuk baca Blog Ustaz Hasrizal. Korang akan dapat persepsi baru tentang cara berfikir apabila baca artikel-artikel beliau. Setiap pertanyaan masalah mahupun pendapat, beliau tidak akan memberi keputusan untuk masalah itu tetapi beliau akan guide kita untuk kita selesaikan masalah tersebut. Sampai sini dulu ye, mak mertua saya dah panggil...................KOYAAA belaka....ampun !!!





            

Thursday, October 21, 2010

tepian pantai yang indah






suka pantai tak ? ohh..angkat kaki kepada sesiapa yang tak suka pantai tu.
korang memang tak boleh nak saing (berkawan) dengan I la...
sebab I really really really suka pantai okeh.
baca ayat sebelum ni betul-betul sebab I taip banyak kali perkataan really
maknanya, saya sangat suka pantai tahap superb okeh


duduk di tepian pantai memang menenangkan minda, otak sambil menghirup udara pantai.
sambil mata melihat pakcik tua mandi, anak-anak muda bermain bola tampar pantai,
anak-anak kecil bermain air dengan menggenggam pasir dan melemparkan pada gigi air.
boleh juga lihat langit biru yang terbentang luas, I rasa nak pegang je langit tu.boleh tak?
eh bukan pegang.salah perkataan. kalau pegang ertinya kita boleh letak dalam telapak tangan kan ?
I rasa nak sentuh je langit tu....






indahnya alam ciptaan Tuhan...SUBHANALLAH..






ombak menderu memukul pantai
sampai di tepian ombak pun hilang...









apakah perbezaan dua gambar di atas?




lihatlah kaki I setelah bermain ombak di tepi pantai dan lihat juga jejak warisan itu...
peewiittttt !!! I dah pandai layan jiwang-jiwang eh..(>_>)
oh I nak pergi pantai lagi laa....
siapa boleh bawa??




Tuesday, October 19, 2010

gadis pipi tembam






oh kenapa hari ini begitu sejuk sekali ?
sebab cuaca hujan


kenapa dengan gadis ini hari ini?
dia sudah tidak sanggup menahan lapar


bagaimana pula dengan gambar ini?
saja gadis ini mengimbau kembali kenangan lama di kampus semasa menjadi ikon digi


jawapan?
yang lain semua betul kecuali ikon digi


hahaahahahahahahahahahahahahaaaaa....
tak larat dah aku nak gelak sebab belum sarapan..
nanti lepas makan aku sambung gelak okeh...


pipi gadis melayu tanpa kacukan ini sangat tembam okeh









Monday, October 18, 2010

kegembiraan yang menyala-nyala di hari raya





OMG dah berkurun-kurun baru nak update entri raya
salam dulu...
maapkan i ek..ek..ek..
hari ni jadi budak perempuan gedik sekali
heeee..




ini bukan gambar hari raya tetapi
hari-hari selepas hari raya tetapi
memakai baju raya...*shy*



walaupun ada sesuatu terjadi pada hari raya
tetapi aku tetap letak gambar ini




anak dara vs mak dara
cuba teka mana satu mak dara dan anak dara..please...please...please...





perkumpulan kawan-kawan lama
ini hanya sebahagian tau !!!




walaupun daku telah pulang time ini
untuk memanjangkan lagi entri hari raya
i bagi gambar di tempat yang sama tetapi dengan gaya yang berbeza-beza

-SECRET RECIPE-


altromen...ngeee




tun, awak sedang buat macho ke ???




candid time !!! ada juga buat-buat candit okeh




- FAMILY SESSION -




sepupu-sepapat, anak sepupu semua ada
mak datin pun ada
tapi tak cukup nih...
siapa tak ada ye...





sanak saudara gembira sangat di hari raye



tadaaaaaaaaaa.................gambar raya dua beranak







i tinggalkan awak- awak semua  dengan with of love...(>_<)





apakah sesuatu itu ?




“Orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak akan dapat memberi sesuatu itu!”







Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Bilangan pelancong yang singgah