Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!

Tourists around the world !

Im the Backpakers

My photo
terengganu, Malaysia
now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee

Wednesday, February 23, 2011

Kenyir Lake


Assalamualaikum.




Perasaan bosan + kusut masai telah membawa kami ke sini. Sebaik menjejakkan kaki tangan disini hanya KETENANGAN yang timbul di hati masing-masing. Wahh, cantik dan damai sekali apabila berada di sini. Korang percaya tak ? Aku tak tipu, cik kiah ! Cantik amat air terjun kat sini.


Tengok tu, sampai je kat sini abah aku terus terjun
Macam dalam fridge katanya, sejukkkkkk!




Tengok, ada korang nampak sampah?
Tak ada kan...T_T




Airnya sangat jernih berkilau-kilau
Siapa datang mandi kat sini boleh jadi Mat Kilau...ngeh...ngeh...ngeh...







Wooo, pakcik yang tiada bercucu lagi...
Mandi tak hingat dunia




Cari apa dek non ?




Kaki kukuku keras kerak.oh,tidak!!!!
Kaki cheq putih bersih tau,suci murni lagi...




Anak dara bersama bapak anak dara..kihkih




Mak anak dara pulak sibuk dengan telefon memanjang...
telefon...telefon...telefon...
nak try nengok ada line tak ke??




SUMPAH !!!! CANTIK GILER !









Tuesday, February 22, 2011

Jangan ditangisi apa yang bukan milik kita






"Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia"

hati sebesar cawan atau hati sebesar kolam?

Assalamualaikum...




Kadang-kadang hati begitu resah, tidak keruan memikirkan tentang sesuatu. Dugaan datang tanpa dijemput, musibah datang tiada petanda. Itulah pentas  kehidupan di dunia ini. 


Kata ulama, jika seseorang diuji maka Allah amat sayang padanya. Namun, bagaimanakah kita boleh bermanis muka jika dugaan datang bertimpa-timpa?
Begitu juga dengan diriku, musibah yang datang kadang-kadang, bukan selalu je aku buat muka masam. Tak tahu sudah bagaimana mahu bermanis muka di kala kepala sedang berserabut.


Tapi penjelajahanku di dunia maya menemukan aku dengan suatu dimensi baru dan pemikiran yang baru. Tidak akan ada seorang manusia di dunia ini hidup tanpa musibah. Tapi bagaimanakah kita melihat musibah itu?


Cuba kamu ambil segelas air kosong bersama satu peket garam. Kamu minum. Apa rasanya? Masin bukan...
Dan cuba kamu ambil satu peket garam lagi dan letak dalam sebuah kolam. Dan kamu minum. Apa rasanya? Adakah airnya masin seperti tadi?


Begitulah kesudahannya. Umpamakan garam itu adalah masalah/musibah. Manakala gelas dan kolam adalah hati kita. Setiap daripada kita tidak lekang daripada masalah, jika hati kita sebesar gelas maka kita akan merasa pahitnya masalah itu,pedihnya hati, serta kita sentiasa keluh kesah. Tetapi jika hati kita sebesar kolam maka masalah tidak akan membelenggu kita. Sebesar mana pun masalah datang menimpa, kita masih boleh tersenyum gembira. Ini kerana masalah hadir bukan untuk menyusahkan kita tetapi untuk mematangkan kita.


Oleh itu, marilah kita sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada. Hati tenang, jiwa pun bersih.


Thank you!








Kamu hanya perlu BERUSAHA




"Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha."

Sunday, February 20, 2011

Sebab mengapa Tuhan belum memakbulkan doa kita

Assalamualaikum...




Setiap saat kita berdoa, setiap hari kita berdoa namun kadangkala sikap sabar berbelah bahagi malah kecewa tidak dibendung lagi dan harapan putus ditengah jalan. Manusia terlalu cepat berputus asa, terlalu cepat patah semangat sedangkan Tuhan tidak jemu menyuruh manusia sentiasa meminta pada-Nya. Tiadakah sifat malu dalam diri manusia? 


Setiap yang berlaku pasti ada sebab musabab. Setiap daripada kita hanya perlu bersabar dan sentiasa ingat bahawa Allah tidak akan memungkiri janji-Nya. Janji Allah setiap manusia hebat akan bersabar kerana pasti di suatu saat manusia hebat itu akan mendapat ganjaran yang hebat.




Antara sebab mengapa Tuhan menangguhkan doa kita ialah :


>>>  Ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah


>>>  Kerana Allah mengetahui seandainya permohonan ini 
         dimakbulkan boleh  menyebabkan sesuatu yang akan 
         menyusahkan diri pemohon


>>>  Berkemungkinan syarat-starat doa tidak lengkap seperti tidak        
          ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon kebaikan, hatinyang tidak 
          hadir, makanan dan pakaian daripada sumber yang haram atau 
          syubhah.



Semua ini adalah rahsia Allah. Jadi jangan jemu untuk BERDOA


Thanks for reading this entry !


Thursday, February 17, 2011

Instinct

Petang semalam sambil duk bertenggek kat tangga rumah nenek, fikiran aku duk melayang teringat mak sedara kat kota bharu.tup.tup.tup selang beberapa minit ada pesanan ringkas dari samsung aku. 




"Salam.Ja, bagitahu abah yang tok ayah tak sihat". Text dari pak chu


Terkesima sebentar aku. Then aku call mek, mak saudara aku kat KB. Katanya, tok ayah bukan tak sihat tapi dia rindu anak-anak. Ahad lepas mek dah pergi jenguk, mek nampak tok ayah sihat je. Baguslah kalau macam tu, tenang sikit hati aku.


Yang aku nak cerita kat sini bukan pasal tok ayah aku tapi fikiran aku. Petang semalam aku asyik teringat kat kampung, tup tup, pak chu aku text. Betul ke kalau kita asyik teringat seseorang, then pada masa yang sama orang tu ingat kat kita? Benarkah?


Beberapa hari lepas, aku asyik teringat kat member aku sorang ni, then beberapa hari lepas tu dia ada comment pada wall facebook aku. Aku yang teringat kat dia, atau dia yang teringat kat aku ???


Adakah ia kuasa pemikiran ?
Atau sesuatu yang tidak disengajakan ?


Tuesday, February 15, 2011

Dia Kekasihku


12 Rabi'ul Awal bukan calang-calang tarikh. Tarikh ini adalah tarikh yang sangat istimewa kerana ulangtahun junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pagi-pagi dah bangun jenguk belog dak Hanis, tengok tajuk Mata air. Eh, Hanis dah ada pakwe ke? heee...kepoh sekejap. Padahal pasal matair kita semua iaitu Rasulullah s.a.w.
Hari ni satu hari duk mengadap tv tengok cerita-cerita teladan. Tak cukup tu,dengar lagi lagu-lagu ketuhanan. Lagi, hari ni kena start selawat banyak-banyak, nanti Rasulullah bagi syafaat pada kita. Itu janji Rasulullah.


SALAM MAULIDUR RASUL ! 





Wednesday, February 9, 2011

Contest Si Manis Berbaju Kurung

Assalamualaikum...

Pergi ke kedai memakai sarung,
Sarung dibeli dari Indonesia,
Cantik dan ayu berbaju kurung,
Idaman jejaka  satu malaysia.



Baju kurung sangat manis kalau dipakai, apatah lagi yang memakainya
si cantik manis.
Sudah manis bertambah lagi manis
Aku pun suka pakai baju kurung sebab sangat selesa dan tidak menjolok mata.
Baju kurung juga sesuai untuk pelbagai acara sama ada untuk ke pejabat mahupun majlis formal.


Aku sentiasa ingat akan pesanan nenek, kalau mahu ke mana-mana wajib kita standby sehelai baju kurung,
mana tahu tempat yang kita tuju ada kematian mahupun majlis perkahwinan
Jika ada tidaklah kita kelam-kabut untuk mencari baju kurung 
untuk menghadiri majlis tersebut



Now, semakin banyak fesyen terkini baju kurung yang sentiasa berubah-ubah
Tapi aku paling suka Baju Kurung Moden
Dan Baju Kurung Moden Merah ni salah satu koleksi kesayanganku


Harapanku agar baju kurung tidak akan ketinggalan zaman dalam arus pemodenan
Biarlah ia kekal sampai bila-bila agar warisan kita ini dapat dinikmati 
oleh generasi akan datang.
INSYAALLAH...







Thank you for reading this entry! 

Contest by http://exoticlicious.blogspot.com
Tag for my friends   nurulbadiah
                              Fatin Liyana
                              Natasha Aishah

Tuesday, February 8, 2011

Serius, tergoda saya !

Assalamualaikum...




Saya tergoda atau awak yang tergoda ???
Haahaa...Mari gelak sampai bahu terhenjut-henjut...^_^

Siapa-siapa yang dah lama follow saya pasti tahu akan kegilaan saya pada pantai kan
So, here saya sudah tergoda pada Pantai Pandak
Sebelum ni memang tak pernah pergi dan memang tak pernah tahu sebenarnya
sebab pantai ni memang tak famous di Terengganu
Tapi serius, SANGAT SANGAT SANGAT cantik Pantai Pandak
 

Sila masuk dalam gambar, pinjam alat dari doraemon


Masa sampai sini, orang tak lah ramai sangat tapi yang best
sebab dapat tengok orang shoot photo wedding tema red + black
sangat gorgeous you..
lagi i tergoda


perghh !!! PERGH !



cik pipi tembam tak lepaskan peluang


 black and white girl



ambil gambar ni sebab..sebab...sebab...
nak buat contoh untuk tudung Syria Cotton yang saya jual..teehee




ngantuk terkena angin laut china selatan




cuba bezakan antara dua gambar ini
mana yang lebih cantik ?
dan lebih superb?


SUBHANAALLAH...


Eh,silap..
Sila scroll sampai jumpa gambar yang sama ye



Mimi, kenapa selalu teleng kepala tuh? 
Ke memang macam tu ? Haaa ~ kamu jangan nakal !



 Me and her again
Tak habis-habis...
Tiba-tiba saya jadi sangat tinggi
kenapa ya ?




macam edit je gambar ni
tapi tak betul
sebab the truth saya shoot gambar ini from my handphone je okeh






 And saya nak buat pengumuman
This is my new header....





LOVE

Gambar kat atas boleh masuk PENCARIAN MODEL INSPIRASI tak?
Saya sedang mencari idea-idea


BYE !






Thursday, February 3, 2011

Photoshoot CNY

Assalamualaikum.




Malam Chinese Makan Besar, kami pulak duk menyibuk ronda-ronda bandar
yelah esok hari raya kan...Horreyyyy!!!
Oooppss!!!
baju,tudung, kasut raya semua belum beli, macam mana nak raya esok ni ???
LOL...


Dah tahu esok CNY, malam tu wajib jadi kutu rayau...
terutama merayau di China Town, Kuala Terengganu
Inilah satu-satunya tempat di Terengganu yang masih kaya
dengan bangunan-bangunan lama
dan tempat ini juga menjadi salah satu persinggahan wajib di Terengganu





Ini bukan China Town tapi Pulau Warisan
port lepak terbaru di Terengganu
Pemandangan pada waktu malam yang amat menarik dapat dilihat di sini





 tiga beradik comot bernama mimi, fatin dan farra



teruja tengok tanglung yang banyak
Nampak muka teruja saya ?










 macam di Jepun je
Tak pun Hong kong




 ni China pulak. Boleh tak ?



 Duduk di atas bulan purnama





 tak ada pun arnab ???



I am a MODEL
to be...








 Mata asyik nampak red colour
ONG..





Uncle, Auntie...
Angpau maliiiiii !!!
Saya belum kahwin maa...




Wednesday, February 2, 2011

Business needs skill













I mean skill mengolah gambar atau iklan yang menggunakan gambar untuk menarik customer.


Adakah anda TERTARIK ???


Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Bilangan pelancong yang singgah