Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!

Tourists around the world !

Im the Backpakers

My photo
terengganu, Malaysia
now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee

Sunday, January 31, 2010

nak terima @ tolak ???

bulan lepas aku terima...lamaran..hehe
olok-olok jela...hehe
aku terima tawaran bekerja di Langkawi
masa tu, aku bukan menolak
tapi aku tidak dapat pergi kerana demam selama tujuh hari berturut-turut

bulan ni, aku dapat tawaran yang sama lagi...
aku bukan memilih kerja tapi macam-macam aku fikir...
gaji dan tempat tinggal memang tak ada masalah..cuma......
bila aku tanya kawan-kawan pasal tawaran tu..
kebanyakkan tidak menggalakkan aku ke Langkawi...
kata diaorang tempat tu terlalu sosial..
dan satu lagi jangka masa "training" terlalu lama..
18 bulan tuh...fuhhh !!

mama dan abah pun tak berapa menggalakkan aku ke sana
diaorang lebih suka aku tinggal dekat dengan diaorang...
perlukah ???
salahkah kalau aku nak hidup berdikari ??
ramai yang menganggap aku terlalu di kongkong oleh keluarga...
emosi la pula aku nih...hikhik...

aku perlu mempertimbangkan betul-betul tawaran ni....
bukan apa, dah banyak aku hantar "resume" namun satu pun tak dipanggil 
untuk sesi temuduga..
aku betul-betul hampa...


layan lagu ni kejaplah..hikhik


Saturday, January 30, 2010

reccers six

"selamat pagi cikgu"
bukan baca dalam nada biasa..
cuba nyanyi macam kawan-kawan upin dan ipin kat sekolah..hehe..
aku suka sangat dengan karakter upin dan ipin..menghiburkan......
dah menyimpang dari tajuk asal la pula...maaf ye...


lawatan ke Taman Negara pada september 2007 merupakan salah satu "assigment" budak pelancongan
bukan saja-saja kitaorang pergi sana ye kawan-kawan..
seronok kan..."assignment" pergi jalan-jalan pula...hehe...
perjalanan kami yang agak jauh tidak terasa apabila tiba di Taman Negara Pahang ni..
suasana yang begitu tenang dan nyaman dengan kicauan burung-burung yang seakan-akan menyambut kedatangan kami..

kami berkampung..eh, bukan-bukan..berhutan...hehe..
kami berkampung di sana kira-kira 3 hari 2 malam..
pelbagai aktiviti yang telah disusun mengikut kesesuaian persekitaran di sana..


ANTARANYA :


.....mendirikan khemah.....

yela,sampai-sampai je kene buat khemah dulu, kalau tak, nak tidur kat mana kan...



.....mendaki ke puncak Bukit Teresek.....

 



.....canopy walkway.....


 ada juga kawan-kawan yang gayat...tinggi weh!!!



.....menelusuri Gua Telinga.....


kelawar spesis.....???



.....bermandi-manda .....


                              berendam sambil mengurut...geli !!!!!!                            



.....aktiviti malam kebudayaan.....

.....shah rukh khan dan kajol sedang mendendangkan lagu kuch-kuch hota ai.....



.....melawat perkampungan orang asli..... 

owoh!!! sangat dasyat..hehe



.....melawat pusat penerangan.....

yasir sedang mengeja.......hikhik...



dah la, bosan pula korang nanti..hehe



 .....see this picture then you will know how close we are.....


.....we are reccers six.....

 

.....pensyarah kitaorang pakai baju + topi warna hitam kat depan tu ye..Mr.Khairi.....
....."landing" baik punya.....


 

sekian...
jumpa di episod lain pula...


- end of journey -

Friday, January 29, 2010

aku budak pelancongan

alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi...
setelah tiga tahun bergelumang dengan "assignment",aktiviti kolej,aktiviti ko-kurikulum..
masuk hutan-keluar hutan..
jumpa monyet, buaya darat, buaya air..hehe
apa lagi ek..???
berebut bas, naik bas HBR- Hari-hari Bas Rosak.hehe,
peraturan-peraturan kolej yang kadangkala menyakitkan hati..
pelayaran aku sebagai mahasisiwi akhirnya tamat setelah menjalani praktikum selama empat bulan pada tahun lepas..


tentu korang semua tertanya-tanya kenapalah "jijah"....beria-ria berkongsi panduan meredah hutan pada "post" yang lepas..
mahu tergelak aku dengan nama itu..hehe..
sebenarnya aku salah seorang budak jurusan pelancongan di UUM...
jadi aku terpanggil untuk berkongsi serba sedikit berkenaan pelancongan di negara kita
selain catatan hidup peribadiku..
kalau tak,apa gunanya aku belajar ilmu di menara gading bertahun-tahun tanpa berkongsi ilmu tersebut..
kalau korang rasa "post" yang aku tulis ini berguna, silakan menggunakannya ye..
tak payah bayar pun..hehe


kerinduan menjengah lagi pada teman-teman sekuliah, jiran-jiran bilik, "nyet">monyet, yang selalu melawat blok aku, anak-anak ayam..hehe
hanya orang yang tertentu sahaja tahu siapa yang aku maksudkan sebagai anak-anak ayam..hehe
"DON'T THINK NEGATIVE, BE POSITIVE"


 seronok bila terkenang kembali zaman belajar dan mengharungi suka + duka, pahit + manis
di >Hutan Sintok< nama jolokan UUM...
oleh kerana budak pelancongan taklah ramai sangat..
jadi kami semua agak rapat..
rapat ker??


nak tahu jawapannya dan siapakah reccers six, sila tunggu episod yang seterusnya..(^_^)
"suspen" sikit eh..
aku janji...
this is my promise...








Thursday, January 28, 2010

"banyak untuk dilawati, banyak lagi untuk diterokai"


korang pernah dengar tak "trade mark" kat atas tu??
hmm..itulah "trade mark" cuti-cuti Malaysia..
kali ini,jom kita melangkah setapak lagi..
setapak je??
bukan-bukan....hehe..
kita melangkah  bertapak-tapak lagi untuk meneroka alam...
alam ape??
alam bunian..hehe


sebenarnya di negara kita..Malaysiaku yang tercinta ni...
Malaysia kita la..maaf ye..
banyak sangat destinasi yang menarik bagi kegiatan riadah alam semulajadi dan eko-pelancongan buat pencinta-pencinta alam...
 malah, di Malaysia juga terdapat hutan tertua di dunia yang berusia 130 juta tahun
yang menjadikan taman negara begitu istimewa..
kenapa?? tak percaya??
ini fakta yang aku ambil daripada naskah percuma "Tourism Malaysia" ye kawan-kawan...
disebabkan aku pernah pergi ke Taman Negara Pahang
jadi aku akan berkongsi dengan korang semua pasal pengalaman aku bersama mahasiswa-mahasiswi UUM daripada jurusan pengurusan pelancongan di Taman Negara Pahang...
tapi korang semua perlu tunggulah untuk "post" yang seterusnya ye..
sabar-sabar.....


pada hari yang mendamaikan ini
aku nak berkongsi tips-tips @ panduan-panduan pengembaraan meneroka hutan yang amat berguna..
yela..sebelum masuk ke hutan, kita mestilah membuat persiapan yang rapi kan..



Tips-tips apabila meredah hutan adalah: 


1. Pastikan tahap kesihatan anda berada pada tahap yang amat baik.
- yela..kalau tak sihat, macam mana nak mendaki bukit,nak masuk gua..
kene merangkak tahu...-

2. Bawa bekalan air yang secukupnya dan sedikit makanan ringan yang mudah dimakan untuk menambah tenaga.Elakkan daripada makan buah-buahan hutan atau minum daripada mana-mana sumber air.
- bukan apa,takut buah-buahan hutan beracun pula..korang tahu ke?? -

3. Cuba bergerak dalam senyap supaya tidak menakutkan hidupan liar. Bertolak awal selepas subuh memberi kita peluang baik untuk melihat binatang-binatang yang sedang mencari makanan
dan merasai kehangatan pagi.
- mana la tahu boleh berjumpa dengan gajah ke..tak pun harimau..nanti...
boleh ambil gambar sama-sama...haha -

4. Pakaian yang nipis dan longgar yang diperbuat daripada kapas adalah pilihan yang baik untuk memastikan peluh diserap dan keselesaan anda untuk bergerak.

5. Tutup bahagian tangan dan kaki dengan seluar panjang dan baju lengan panjang untuk menghalang gigitan nyamuk dan melindungi kaki dan tangan daripada tumbuhan-tumbuhan berduri.

6. Pastikan anda memakai stokin panjang atau sarung kaki untuk mencegah gigitan pacat dan lintah.
- Kalau pacat gigit aku,aku cincang pacat tu lumat-lumat..hehe -

7. Pilih kasut yang tahan lasak agar dapat memberi keseimbangan yang baik pada diri anda.
- kasut yang murah pun tak apa, asalkan berkualiti -

8. Topi bertepi lebar boleh membantu melindungi anda daripada sinar terik matahari.
- takut ular jatuh atas kepala je..hehe -

9. Akhir sekali,jangan lupa bawa plastik sampah untuk membuang plastik makanan dan botol minuman.
- kalau terjumpa sampah, jangan nak menyampah pula, hulurkan tangan, ringankan beban okey...dapat pahala...hehe -



...........amazing pictures..........

.











.......coming soon......



- reccers six -





Wednesday, January 27, 2010

jom jalan-jalan...


anda pernah bercuti??
dimana destinasi pilihan korang??
sebelum tu,nak menyanyi sekejap...
cuti-cuti....Malaysia...
korang ikut la saya menyanyi sekali la....
dah-dah!!..sumbang la kedengaran...(^_^)

hmm...pertama kali aku menjejakkan kaki ke Bukit Merah Lake Town Resort...
aku pergi ke sana semasa semester akhir..
nak "enjoy" la kata kan.."enjoy" la sangat..
apa yang aku nak cakap pasal Bukit Merah ek,dah lupa la pula...

Bukit Merah Lake Town Resort lebih dikenali sebagai destinasi pelancongan taman tema
yang menjanjikan keseronokkan pelbagai aktiviti air...
ini antara aktiviti-aktiviti yang sempat kami terokai...
memang meriah betul kitaorang ni.....jangan cemburu pula ye..






cuba kalian-kalian semua tengok..
dengan buaya pun kitaorang boleh kawan..
siap ambil gambar lagi...
korang boleh ke buat macam kitaorang ni???


selepas mandi-manda
kitaorang pergi makan
tapi maaflah,tak ada gambar masa makan..
makanan kat sana pun sedap dan murah..
berbaloilah dengan wang yang dibelanjakan...

selepas itu,skema pula ayat ni...hehe
tiba lah aktiviti mengambil gambar dan berbelanja apa yang patut untuk dibawa balik sebagai kenang-kenangan...
ini gambar-gambar awek cun ni..hehe..
nak nombor telefon diaorang tak??
nak??
cari sendiri...huhu


di Bukit Merah ni pun ada pelbagai permainan bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi juga untuk kanak-kanak...
Jadi, aktiviti-aktiviti di sini sesuai untuk seisi keluarga...
itu budak-budak atau mak budak??
marah pula kawan aku yang seorang ni nanti kalau dia tengok..
jangan bagitahu tau..


ni pula jeti untuk ke Pulau Orang Utan..
tapi kitaorang tak sempat pergi..kesian kan..'-(
tak apa,sekurang-kurangnya sempat "posing" kat jeti ni..
"nak pergi ke Pulau Orang Utan kat sana ye adik-adik...."
kata kawan aku...
bila kau jadi pemandu pelanong ni wahai kawanku??


sebelum balik, kitaorang tak lepaskan peluang untuk ambil gambar dengan si badut poyo ni..
memang poyo..
eh!!
gambar aku sahaja la ngan badut poyo..hehe..
badut ni suka kacau aku dan kawan-kawan aku..
bukan kitaorang sahaja
tapi semua pengunjung  di sana la..
dah memang tugas dia, nak buat macam mana kan...
tapi memang "happening"


kalau korang nak bercuti, aku memang mencadangkan Bukit Merah Lake Town Resort
sebagai destinasi percutian yang menarik
dan menghiburkan..
akhir kata selamat bercuti buat siapa-siapa yang teringin
atau
nak pergi bercuti...





Monday, January 25, 2010

aku suka...aku sayang...

aku suka sangat cincin ni
walaupun harganya tak seberapa
namun nilainya di sisiku amat berharga
tapi ni bukan cincin merisik
atau
cincin tunang
atau
cincin kahwin
tapi
cincin pemberian abah aku yang tersayang...
'posing' maut pula kat kereta idamanku..hehe



aku suka sangat semua 'teddy bear' ni
ada kawan bagi
ada aku beli sendiri
aku sayang semua
kalau tidur tak peluk diaorang mesti tak lena..kehkeh..
macam budak-budak...
padahal dah boleh jadi mak budak..huhu


aku suka 'aksesori'
aku sayang semua aksesori ni
aksesori ni cantik walaupun murah
tapi
aku tetap suka


aku sayang dia..
aku suka dia...
dia adalah antara nyawa aku...
nenek aku..
usia dia dah menjangkau 85 tahun
pendengaran dia dah tak berapa okey lagi..
namun
dia masih mempunyai daya ingatan yang kuat..
jadi jangan nak tipu-tipu..
jangan nak bodek lebih-lebih tau...
hehe..



aku suka dia
aku sayang dia
aku suka masakan dia
ini mama aku lah
 kitaorang suka gaduh..
gaduh-gaduh manja la
bukan betul-betul..
betul-betul pun ada juga..;-)
sambung balik..
 kitaorang suka gaduh
kalau tak gaduh,tak meriah rumah kitaorang..hehe
aku suka dia
aku sayang dia
abah aku la pula..
tapi tak ada pula gambar abah..hehe
lain kali la aku tunjuk..
abah aku ni degil..
aku pun ikut sama degil macam perangai abah aku ni..
dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..ye tak??
aku suka mama dan abah
aku sayang mama dan abah..
mmmuuaahh...



aku suka dia..
aku sayang dia
walaupun jauh beribu batu
walaupun laut china selatan menjadi penghalangnya..
aku tetap sayangkan dia
hingga hujung nyawa..
macam cerita lakonan erra fazira pula..hehheh
sebenarnya dia ni umi aku..'-)
aku tetap sayang umi aku..


aku suka 'mereka'
aku sayang 'mereka'
'mereka' pun sebahagian dari keluarga aku juga..
walaupun aku tak pernah cakap
aku suka 'mereka'
aku sayang 'mereka'
ketahuilah oleh 'mereka'
aku suka dan sayang 'mereka'...



aku suka dia..
aku sayang dia..


aku memang suka dia..
aku memang sayang gila kat dia..
siapa tak sayang diri sendiri wehh!!....heheh..
inilah aku...














Saturday, January 23, 2010

Warkah seorang anak...

WARKAH BUAT IBU...


Mak.....


Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....


Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,


Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan


sejuk syahdu masih terasa lagi nih....


Mak tau tak.....


itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....


dan itu juga terakhir kali nya.


Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....


nak tinggal kan anak2 mak.....


nak tinggal kan dunia fana ni.....


mak macam dah sedia.....


Seminggu sebelum tu.....


mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....


Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....


tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....


kakak pun rasa hairan.....


mak tak penah buat gitu.....


pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....


tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....


kengkadang siaran indonesia...


mak terus tekun menganyam...


Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu


di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...


Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....


pastu mak jemur karpet-karpet. ..


pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..


mak biarkan ruang tu kosong..


rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..


paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..


ada kat dalam almari.....


ada kat dalam dalam beg.....


ada dalam ASB.....


ada kat dalam Tabung Haji..


mak cakap tak berapa cukup lagi....


ada kat dalam gulung tikar.....


masa tu mak perasan takk..??


kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulungtikar...


kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...


mak cuma gelak jer...


eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..


Mak.....


Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....


bila malam tu kiter sampai dari KL.....


mak dah dalam kesakitan.


Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....


mak tetap takmau pi hospital.... .


dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...


Mak kata mak tak mau duduk dalam hospital.... .


tapi kiter berkeras juga pujukk..


nanti di hospital ada doktor...


ada ubat untuk mak..


kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..


Mak tetap tak bersetuju... ..


mak memang degil...


tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..


Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....


mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit


kami adik beradiksepakat hantar juga mak ke hospital.... .


Mak.....


amponkan kami semua...


kami nak mak sehat...


kami sayang mak...


kami tak mau mak sakit...


kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....


ampon kan kami yer mak....


Mak.....


Malam itu abang bawa mak ke hospital


dan itu lah pertama dan terakhir kalimak naik kereta kiter...


Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,


kiter kata nak beli kereta....


Mak asyik tanya ajer..


cukup ker duitt..


kiter jawab pula...


kalau tak cukup,mak kan banyak duit...


mak gelak ajerr.....


Lepas tu bila kereta kiter sampai.....


mak buat kenduri kesyukuran.. ...


Dan kiter masih ingat lagi...


bila kiter eksiden terlanggar org naik motor.....


Punya la kiter takut...


kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat


> > > mak.....> > >


Bila balik sahaja kampong....


kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....


Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...


mak tanya kenapa...?


Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....


Mak....


tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...


Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...


mak, kiter menipu mak kan...


ampon kan kiter....


Mak.....


Jam 4.30 pagi 19/08/1999Bila tiba aja kat hospital....


nurse tengah balut mak dengan kain putih.....


mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...


Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....


Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....


Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...


mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn


Mak tau tak....


Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...


Adik kat sebelah diam melayan perasaan...


Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...


jalan di depan terasa makin kelam.....


airmata dah tak mampu di tahan....


Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...


Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...


di sebab kan pagi masih awal


jadi jalan tu lenggang..kosong. ...sekosong hati ini.....


Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...


terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn. ...


Mak.....


Kiter masih ingat lagi...


Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...


Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....


Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....


Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....


Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....


Mak perasan tak...?


Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....


Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."


Bila makcik tu kata gitu...


lagi laaaa laju airmata ni..


tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....


Mak.....


Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....


kiter nangis ni.....


Ni kat dlm bilik...


baru pukul 4.00 pagi....


Takder orang yang bangun lagi.....


kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"kiter sedih...


kiter rindu kat mak..!


Takpa la.....nanti bila kita selesai sembahyang subuh, kiter baca yassin untuk mak...


mak tunggu ya...!


Mak..


Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .


Semua anak2 mak mengelilingi mak...


menatap wajah mak buat kali terakhir....


Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...


Mak rasa tak....


masa tu kiter sentuh dahi mak....


kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....


Kiter tak mampu nak cium mak...


kiter tak daya....


kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...


Airmata kiter tak boleh tahan....


Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...


tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....


Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....


Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...


badan akak terasa panas...


makk...


anak mak yang seorang tu demam....


Mak tauu...


cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .


Mak.....


Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...


Begitu terasa kehilangan mak...


boleh kata setiap malam selepas maghrib


anak mak ini berendam airmata...


Dan sampai satu tahap....


masa tu malam jumaat selepas maghrib...


Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ...


entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...


semakin kiter tenung terasa semakin sayu...


tangisan tak dapat dibendung...


Mak tauu...


kiter cuba bertahan...


memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...


Kiter rasa nak telefon mak...


nak cakap dengan mak....


anak mak yang ni dah tak betul kan..????


Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...


Kiter cakap dengan kakak..


kiter nangis lagi...


Puas la kakak memujuk kiter...


Akak kata..." tak baik laa nangis aje..


doa lah untuk mak..


nanti kalau gini ajer mak yang susah kat sana.."


Dan akhirnya akak juga nangis.....


Agaknya mak nampak adegan tu...


Mak tau tak...


di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...


rasa nyilu sangat....


menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....


Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...


hanya sedekahal-fatihah kiter berikan.....


Mak....


cukup la sampai sini dulu....


kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....


kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...


selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan...


kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...


esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....


Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...


pastu kawan kiter bgtau...


simpan je buat kenangan..


Kiter cuma tau alamat ni aje...


Takper yer mak...


kiter kasi orang lain baca...


Kiter stop dulu...


sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...


akhir kata untuk mak,


I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih


keranamembesarkan kiter...


memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..


sampai masuk unibesiti..


sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...


boleh rasa duduk kat negara orang...


Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..


Sekian terima kasih.





Sebelum itu,aku minta maaf kepada penulis warkah ini, bukan niat di hati untuk menciplak karya ini, sekadar mahu berkongsi dengan teman-teman yang lain. Aku harap penulis warkah ini memberi keizinan kepadaku untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. 

Buat pengetahuan semua, aku merupakan seorang yang susah untuk menangis namun aku tewas apabila membaca bait-bait warkah ini. Aku tewas dengan keegoan aku untuk menangis.Mujur tak banjir je rumah aku nih.Sempat lagi rupanya aku buat lawak..hehe...Aku begitu syahdu membacanya warkah seorang anak kepada ibu yang dikasihinya. Aku tidak dapat membayangkan diriku apabila berada di tempat penulis ini.

Aku bersyukur sangat kerana masih berupaya merasai nikmat kasih sayang seorang ibu, merasai masakannya,mencium pipinya...Alhamdulillah..Walaupun diri ini kadang-kadang tidak sengaja untuk meninggikan suara, membantah cakap abah dan mama, namun aku tahu aku tetap berdosa. Maafkan ja...abah,mama...

Hargailah ibubapa kita yang masih ada dan jagalah mereka sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir dan buat teman-teman yang telah kehilangan ayahanda dan bonda tersayang,rajin-rajinlah sedekahkan bacaan yasin untuk mereka. Peringatan ini juga buat diriku yang sering alpa terhadap tugas seorang anak....














"jijah"





"jijah",itu nick name aku apabila Dody memanggil aku tak kira di mana jua semasa aku belajar di hutan Sintok. Hutan Sintok tu name timangan UUM atau nama panjangnya Universiti Utara Malaysia. Pada mulanya aku memang tak suka nama "jijah" tu tapi lama-kelamaan menjadi kesukaan aku.hehe..Aku pun tak tahu kenapa rakan satu jurusan aku itu suka memanggil aku dengan panggilan itu, nanti masa hari konvo bulan 3 aku tanya Dodi eh...  Kawan-kawan satu jurusan yang lain suka memanggil aku "kak ros",diorang perasan diaorang muda kot,wahal kitaorang sebaya..huhu.Jangan marah ek kawan-kawan,mampus aku dikerjakan diorang nanti..wawaaaa. Jiran-jiran bilik pula biasa panggil "liza" termasuklah x-roomate aku, nani. Pada mulanya aku memang memperkenalkan diri dengan panggilan "liza" tetapi bermula suai kenal kelas subjek perjalanan, En.Khairi, pensyarah yang poyo dan baik dengan pelajar-pelajar ni memanggil aku "ros". Sejak dari itulah nick name "ros" menjadi glamour..glamour ker??heheh...Pensyarah subjek alam sekitar pun cakap panggil dengan nama "ros" lagi cantik.Dan are,nama betulnya zaleha memanggil aku "kak ros" dan terus menjadi ikutan kawan-kawan yang lain..

Masa sekolah dulu pula, ramai kawan-kawan panggil aku "liza" tapi seorang je suka panggil aku "ros", namanya Naim.. Cikgu-cikgu pula kalau sebut nama aku terutama bila nak bagi kertas ujian atau peperiksaan, diorang suka panggil dengan nama penuh, "Rosliza Roslan". Kalau panggil nama kawan-kawan yang lain, cikgu tak sebut pula nama ayah sekali..Nama aku sedap disebut kot..huhu..perasan betul la kau ni liza..hehe..sekali-sekala apa salahnyakan..huhu. Dikalangan keluarga pula,aku lebih "femes" dengan nama "ja" atau "ija". Kadang-kadang abah panggil aku sayang..hehe..geli lak aku..huhu..Kalau pakwe panggil dengan nama tu takpe jugak..heheh...Apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan nama yang diberi,"terima kasih,abah".





Nama dia Azhanie,nick name dia aku tak tahu la,korang tanya sendiri erk.Korang lak ada nick name ke???

Wednesday, January 20, 2010

Balqis oh Balqis...

salam semua...

Baru beberapa hari episod Balqis berlalu namun impaknya terasa hingga ke hari ini.Pada sesiapa yang mengikuti drama Balqis pasti mengetahui akan kesudahannya.Ada yang berpuas hati dengan pengakhiran drama tersebut, namun tidak kurang juga yang hampa dengan pengakhiran Balqis bersama Hassan.Bagi aku sendiri, aku cukup berpuas hati dengan kesudahan episodnya.Sememangnya cinta Balqis hanya untuk Hassan.Manusia seringkali alpa, mencari cinta pada orang yang salah tanpa menyedari hakikat sebenarnya bahawa cinta sejatinya hanya didepan mata.Bersyukurlah atas segala kurniaanya dan bukalah mata hati kita untuk menghargainya.Walaubagaimana kita sayang,kasih,cinta pada seseorang namun jika dia bukan milik kita,apa cara sekalipun kita tidak akan mendapatkannya.Hanya Yang Maha Agung mengetahui segala isi alam dan sememangnya Dia mengatur yang terbaik untuk hambanya.

*Dengarlah suara hati anda...


Sunday, January 17, 2010

Sahabat Sejati...

Pada suatu hari,
seorang wanita muda yang baru
saja menikah mengunjungi ibunya, Mereka duduk
di sebuah sofa dan menikmati segelas air teh
dingin.Ketika mereka sedang berbincang-bincang
mengenai kehidupan,pernikaha n,tanggung jawab
dalam hidup serta kewajiban, sang ibu dengan
perlahan menaruh sebongkah es batu ke dalam
gelasnya dan menatap wajah anak perempuannya .
“Jangan lupakan sahabat-sahabat wanitamu.”
nasihatnya, sambil mengaduk-ngaduk daun teh di
bawah gelasnya.
“Mereka akan menjadi orang yang penting bagimu
ketika usiamu makin tua.Tidak peduli seberapa
dalam kau mencintai suamimu, seberapa
banyak anak-anak yang kau miliki, kau masih
tetap harus memiliki sahabat wanita.
Ingatlah untuk berjalan-jalan bersama mereka,
melakukan hal bersama- sama dengan mereka.
Dan ingat bahwa mereka bukan hanya sekedar
sahabat wanitamu, tetapi mereka akan menjadi
saudara, anak dan yang lainnya. Kau akan
membutuhkan sosok wanita yang lain. Wanita
selalu begitu.”

“Sungguh nasihat yang aneh,” pikir si wanita
muda. “Bukankah aku baru saja menikah?
Bukankah aku baru saja bergabung dalam dunia
pasangan-pasangan muda? Sekarang saya adalah
seorang istri, orang dewasa,bukan anak
perempuan kecil yang memerlukan teman main
perempuan lainnya!
Tentu saja keluarga yang akan kami bina dapat
membuat hidup saya lebih berarti.”
Tetapi, ia mendengarkan nasihat ibunya; ia terus
berhubungan dengan sahabat-sahabat wanitanya
dan bertemu dengan semakin banyak sahabat
setiap tahun. Ketika tahun demi tahun berlalu, ia
mulai merasakan betapa benar nasihat yang
diberikan ibunya. Ketika waktu dan keadaan
mengubah keberadaan mereka sebagai wanita
dengan segala misterinya, sahabat-sahabat
wanitanya tetap berada dalam kehidupannya.
Setelah hidup selama 50 tahun dalam dunia ini,
inilah fakta-fakta yang saya dapatkan dari
memiliki sahabat wanita:
Sahabat wanita akan menjaga rahasiamu.
Sahabat wanita akan memberikan nasihat ketika
kau membutuhkannya.
Sahabat wanita tidak selalu mengatakan apa yang
kau lakukan benar, tetapi mereka bersikap jujur.
Sahabat wanita akan terus mengasihimu,
meskipun ada perbedaan pendapat.
Sahabat wanita akan tertawa bersama-sama
denganmu, dan lelucon kosong sama
sekali tidak diperlukan hanya untuk sebuah tawa.
Sahabat wanita akan menolongmu keluar dari
hubungan-hubungan yang buruk.
Sahabat wanita menolongmu mencarikan rumah
tinggal yang baru, membantu mengepak barang
dan pindah.
Sahabat wanita akan membantu membuat sebuah
pesta untuk anak-anakmu mereka menikah
atau memiliki anak, manapun yang lebih dulu
terjadi.
Sahabat wanita akan selalu berada di sampingmu,
dalam suka maupun duka.
Sahabat wanita akan menempuh badai, topan,
panas, dan kegelapan untuk mengeluarkan kau
dari keputusasaan.
Sahabat wanita akan mendengarkan ketika kau
kehilangan pekerjaan atau seorang kawan.
Sahabat wanita akan mendengarkan ketika anak-
anakmu mengecewekanmu.
Sahabat wanita akan menangis bersamamu ketika
orang yang dikasihimu meninggal.
Sahabat wanita menghiburmu ketika kau
dikecewakan oleh banyak dalam
kehidupanmu.
Sahabat wanita membantumu untuk bangkit
kembali ketika pria kau cintai pergi
meninggalkanmu.
Sahabat wanita senang ketika mereka melihatmu
bahagia, dan bersedia mencari dan melemparkan
apa yang tidak membuatmu bahagia.
Waktu berlalu…Kehidupan berjalan..
Jarak memisahkan.. .Anak-anak beranjak dewasa..
Cinta hilang dan pergi..Hati yang hancur..
Karir berakhir..Pekerjaan berganti..
Orang tua meninggal..Rekan- rekan melupakan
kebaikan..
TETAPI, sahabat-sahabat wanita akan terus
mendampinginmu, meskipun waktu dan jarak
yang terpaut sangat jauh. sahabat wanita tidak
akan lebih jauh dari orang-orang yang
membutuhkan.
TERIMA KASIH SAHABAT….. ……

* ingat daku dalam doamu wahai sahabat-sahabatku

Tuesday, January 12, 2010

kerja oh kerja...


Hari ni aku tumpang gembira sebab salah seorang kawan baik aku semasa di universiti dah mendapat kerja.itulah rezeki namanya.Cuma aku yang masih tercari-cari kerja padahal sudah banyak resume yang aku hantar.Walau bagaimanapun aku tetap percaya Tuhan akan memberi aku rezeki kerja selepas ini.Mungkin juga Tuhan sedang menguji sejauh mana tahap kesabaran aku.Aku sentiasa berdoa selepas selesai solat.Itu pun satu usahakan?? Moga-moga Tuhan akan tunaikan doa aku satu hari nanti.Amin...

Tuesday, January 5, 2010

jangan berjanji sebarangan dengan budak-budak...


Cuti sekolah yang lepas, sepupuku dari putrajaya balik terengganu. Nak tahu kenapa diaorang nak balik sangat??? Sebabnya anak kedua paksu aku dapat no.3 dalam peperiksaan lepas. Jadi mama aku "terberjanji" hmmm...boleh ke aku guna istilah tersebut??. Mama aku berjanji sekiranya Hakeem mendapat no 1,2 atau 3, dia akan menghadiahkan sebuah basikal.Nah terkejut mama aku pada mulanya hakeem mendapat no 3!! Tapi janji tetap janji, jadi mama aku terpaksa mengotakannya walaupun pada mulanya mama aku hanya berjanji kosong.

  • Moral yang dapat diambil di sini jangan sesekali berjanji kosong terutama kepada budak-budak. Budak-budak akan menuntut janji mereka hingga ke lubang cacing, sekiranya tidak ditepati, mereka akan memberontak...

Monday, January 4, 2010

KEPERCAYAAN - punah bila dikhianati...



entah lah..aku pun dalam situasi yang sama.

keadaan yang membuat aku hilang kepercayaan pada seseorang..

aku sayang sangat pada dia cuma aku tak suka akan perangainya..

tapi siapa aku untuk membencinya..aku tiada kudrat untuk membencinya..

tanpa dia, siapalah aku sekarang...

sekarang aku hanya boleh bersabar dan berdoa moga-moga dia berubah sikap kepada yang lebih baik...menjadi seorang insan yang lebih dekat dengan-NYA..AMIN...

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Bilangan pelancong yang singgah