Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!

Tourists around the world !

Im the Backpakers

My photo
terengganu, Malaysia
now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee

Sunday, February 28, 2010

azab syafia

geram + kecewa + sedih
itulah gambaran yang aku dapat beri atas kematian yang tragis
adik syafia

apalah salah adik syafia yang berumur tiga tahun
di dera, di pukul,di tampar,di sepak
sehingga tiada perikemanusiaan
sudah hilangkah nilai-nilai murni dalam diri manusia zaman sekarang ???
apakah jenis manusia yang masih tinggal dalam dunia teknologi tanpa sempadan ini???

akibat najis dadah
manusia sudah hilang pertimbangan sesama manusia lain
langsung tiada perasaan belas kasihan
sama-sama kita renungi bersama....
al-fatihah...

pramugari Sani Ekspress

peluang kerjaya
di Syarikat Sani Ekspress
sebagai pramugari


borang boleh didapati di kaunter Sani Ekspress
hentian bas Kuala Terengganu
jangan lepaskan peluang  !!!
terutama kepada para penganggur terhormat
kelayakan diploma dan berpewatakan menarik
dan semestinya hanya untuk wanita sahaja ye...

walaupun aku tak dapat sertainya 
aku harap orang lain akan berjaya menjadi 
pramugari Sani Ekspress

cayok3..!!!!!!

selamat berjuang..!!!!!!!

Saturday, February 27, 2010

pramugari

bangun pagi dengan tiada semangat
nak menaip pun tiada semangat
apa lagi nak makan
tiada semangat


semalam aku tengok iklan kat suratkhabar metro
iklan pramugari Sani Ekspress
petang tu juga aku pergi ambil borang kat kaunter tiket 
Sani Ekspress


aku sangat gembira
aku sangat yakin aku akan dapat kerja tu
sebab kerja tu memerlukan diploma
petang tu, aku minta izin dengan abah
nak kerja pramugari tu
ternyata tekaan aku betul
abah tak izinkan !!

abah bagi alasan kebanyakkan pemandu bas gatal
sebab tu dia tak izinkan

dulu pun sama
aku dapat tawaran kerja di salah sebuah hotel 
di Langkawi
abah tak bagi juga
alasannya orang-orang di Langkawi terlalu sosial

aku sangat buntu
aku betul-betul tak paham
habis, kerja apa yang sesuai dengan aku ?????????
bukan senang nak dapat kerja sekarang
kerja pejabat pula selalu...mungkin perkataan "wajib" aku perlu guna..
wajib pakai "orang dalam" untuk dapat kerja

kadang-kadang aku rasa abah terlalu  mengongkong hidup aku
aku rasa terpenjara....
walaupun aku tahu abah sentiasa inginkan yang terbaik untukku...
                                                                                                       

                                                insan yang tidak mendengar kata

Sunday, February 21, 2010

"sambut menantu"





sepupu aku dan mak mertua


semalam aku pergi menghantar sepupu aku ke rumah mak mertua
di Batu Rakit
majlis sambut menantu dan tahlil diadakan serentak
kerana nenek pihak pengantin lelaki meninggal
pada hari perkahwinan mereka
pada rabu yang lepas...



dia datang lagi......
budak suka dukung...Daniel
kesian Daniel gusi dia berdarah kelmarin
tak tahu sebab apa
itu lah cik ja cakap jangan nakal-nakal
tapi Daniel nakal juga...hehe



Daniel comel...




budak suka dukung dengan adik aku


p/s:

to my cousin....
i wish both of you always happy with new life
semoga kekal hingga hujung nyawa
dan dikurniakan zuriat yang sihat dan comel
serta soleh dan solehah..aminnn...

Friday, February 19, 2010

double happiness....

congratulations..!!!
buat sepupu aku yang baru menamatkan zaman bujang pada 17 Februari 2010
majlis diadakan di Tanah Merah
dengan tema ungu...
sepupuku selamat diijabkabul
dengan
10 kali lafaz...
pengantin lelaki penat pandu kereta dari k.terengganu-kelantan..hehe...
aku sibuk sakan semalam 
sampai lupa nak ambil gambar pengantin...hehe
buat-buat sibuk..(^_^)


orang lain sibuk dengan pengantin
aku sibuk dengan orang baru
baru lima hari menjenguk dunia
sombong...
langsung tak tegur aku...haha
macam mana nak tegur aku
mata asyik pejam je..
kerjanya tidur je
orang baru la katakan
'baby' sepupu aku..hehe



ini budaknya...
sangat comel..haha
macam cik ja dia..(^_^)



ni budak baru dengan kakaknya..
kakaknya banyak mulut..hehe
easy going..hehe



ada seorang lagi budak
sepupu budak baru
umur baru 1 tahun lebih
nak dukung je kerjanya
kalau tak dukung
menangislah jawabnya
jadi
terpaksa ikut kerenahnya...padan muka cik ja
dah la lenguh tangan cik ja dukung ye...
baju pula basah
Daniel kencing atas cik ja...hahaha
nasib cik ja la...
pengalaman tu..!!!
untuk masa depan..hihi


daniel dengan tok saudara,my mom..

Wednesday, February 10, 2010

cuai !!!!

tangan terkena air panas malam tadi
itulah akibat tak buat kerja dengan berhati-hati
sebelum ini aku dah kena macam tu tapi aku masih tak berhati-hati
cuai !!!




inilah rupa tangan setelah dilumur ubat gigi
aku dapat tip melumur ubat gigi jika terkena air panas dari pembacaan aku...
itulah kelebihan sikap suka membaca..hehe
puji diri sendiri pula...sekali-sekala...
jangan marah okey....

Saturday, February 6, 2010

1jam di dapur

1 jam di dapur
apa aku buat ??
main masak-masak ke???
betul..betul..betul...hehe..
inilah hasilnya....

 



  



 


setinggi mana pun pelajaran seseorang perempuan
setinggi mana pun pangkat seseorang perempuan
tugasnya tetap di dapur....
dan aku akan terus mendalami ilmu memasak....InsyaAllah


selamat memasak !!!!

...dengarlah....

"bila kamu tak lagi denganku
tak tahu apa tuk jalani hidupku
bila memang kau pergi dariku....
tak ada lagi....dunia ini....

bukan ku tak punya harga diri....
tapi dirimu begitu bererti...
kau la nafasku engkau harga diriku
mengerti aku....

aku tak mampu melangkah tanpamu..."

ini antara bait-bait senikata dalam lagu harga diriku nyanyian Wali band
malam ni aku layan lagu ni je
teringat si dia...
dia ingat ke kat aku ???
tapi kitaorang masih jadi kawan baik
dan akan jadi kawan baik sampai bila-bila....

Thursday, February 4, 2010

c.i.n.t.a

Albanian - Te dua!
Arabic - Ohiboke (m to f) Nohiboka (f to m)
Bengali - Ami tomake bahlobashi!
Bosnian - Volim te!
Croatian - Volim te!
Czech - Miluji te!
Danish - Jeg elsker dig!
Dutch- Ik hou van je!
Filipino - Iniibig kita!
Finnish - (Mä) rakastan sua!
French - Je t’aime!
German - Ich liebe dich!
Greek - S’ayapo!
Hawaiian - Aloha wau ia ‘oe!
Hebrew - Anee ohev otakh (m to f), Anee ohevet otkha (f to m)
Hindi - Mai tumase pyar karata hun (m to f), Mai tumase pyar karati hun (f to m)
Hungarian - Szeretlek!
Icelandic - Eg elska thig!
Italian - Italian
Japanese - Kimi o ai shiteru!
Korean - Dangsinul saranghee yo!
Malaysian - Saya cintamu!
Norwegian - Jeg elsker deg!
Polish - Kocham ciebie!
Portuguese - Eu te amo!
Romanian - Te iubesc!
Russian  - Ya tyebya lyublyu!
Spanish - Te amo!
Swedish - Jag älskar dig!
Turkish - Seni seviyorum!
Ukrainian - Ya tebe kokhayu!
Vietnamese - Anh yeu em (m to f), Em yeu an (f to m)
Yiddish - Kh’hob dikh lib!
Zulu - Ngiyakuthanda!

Wednesday, February 3, 2010

mendung berarak


cuaca hari ini mendung
semendung hatiku
isi alam seakan-akan dapat membaca hatiku


hari ni aku bangun dengan mata yang sepet
dah lah mata ni memang sepet pun...tapi sikit je tau..
luka lama berdarah kembali
mengapa dia perlu menghubungi aku lagi setelah sebulan menyepi tanpa khabar berita
bukan sekali dia bersikap begitu
adakah aku terlalu menuntut perhatian yang melampau ???


mengapa dia perlu hadir untuk buat hatiku terluka lagi
diriku baru sahaja bangkit untuk pulih kembali
riang seperti dulu
bahagia seperti burung-burung yang berterbangan di angkasa


hati ini seringkali terluka
disebabkan cinta
salahku sendiri
mengapa aku begitu mudah menerima cinta ???


aku cuma ingin memiliki bahagia seperti orang lain
dimana bahagiaku
dimana perlu ku cari bahagia itu ???

siapakah dia???




siapakah dia ???


muncul dalam mimpi saat jiwaku betul-betul kosong


saat semangatku semakin pulih dan ingin berdiri teguh


saat aku mahu bertatih di dunia yang penuh cabaran


datang tanpa kata-kata


hanya senyuman terlukis di wajah



adakah doaku telah termakbul atau mimpi itu hanya igauanku semata-mata ???

Tuesday, February 2, 2010

kereta dia...

kereta dia, kereta aku...

kereta aku, kereta dia...

kereta dia, dia punyalah...

kereta aku, aku belum punya..hihi


aku tumpang gembira sahabat baikku dapat memiliki kereta sendiri

aku nak juga...!!!

InsyaAllah satu hari nanti..

amin...


sahabat dah ada kereta

kitaorang pun apa lagi, pusing-pusing Bandaraya Pesisir Air lah...

syok !!!!!






jangan tengok cincin
tengok kereta..
kereta idaman nih !!!
Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Bilangan pelancong yang singgah