Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!

Tourists around the world !

Im the Backpakers

My photo
terengganu, Malaysia
now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee

Tuesday, July 27, 2010

rasa nak wangi je sepanjang masa

pagi ni da berapa kali aku gesel minyak wangi..masa bersiap-siap nak pergi kerja, pakai minyak wangi JF(avon), dah sampai pejabat buat kerja, lepas siap buat kerja pergi sarapan. balik dari sarapan pakai minyak wangi lagi, jenama tommorrow(avon). eh..eh..asyik avon jer, tak ada jenama lain ke? memang minah avon betul..heee..bukan avon je, one drop perfume pun aku suka. sekarang tengah gila minyak wangi enchanteur pula.bau nya memang best lah.tunngu gaji nanti aku nak boronglah.mmm...wangiiii!!!




tak sampai sejam lepas tu, lumur lotion pulak minah ni(Johnsons-melt away stress). konon-konon tengah stress..teehee.baunya memang wangi habislah, tiada tolok bandingnya. buka blog tengok page hanis zhalika, ada pulak si cantik ni promote lotion vaselin.aku tak penah pulak pakai lotion vaselin tapi pernah pakai  vaselin intensive care, macam pelembab juga lah, boleh lumur kat siku, bibir.biasa kat tempat-tempat seperti siku, lutut memang cepat kering kan.so kene lumur banyak-banyak untuk elak kulit kering dan semestinya untuk mencantikkan kulit. tak nak kulit cantik ke? minah ni mau je.





balik dari lunch pun aku gesel lagi minyak wangi kat pergelangan tangan. tadi masa lunch dah pergi guardian cuci mata, tertengok pulak minyak wangi, apa lagi gesel lagi lah...PERCUMA kan..(^_^). malam ni lepas mandi nak lumur lotion lagi la. i suka tidur dengan badan wangi-wangi. mana ada orang tak suka bau wangi-wangi kan. CUBA GESEL PERGELANGAN TANGAN KORANG KAT PERFUME KAT BAWAH, ADA BAU TAK? (stail avon jugak nih)






SELAMAT MEWANGIKAN DIRI   !!!



Monday, July 26, 2010

jangan bermain dengan perasaan

memang perempuan kadang-kadang selalu beremosi
SELALU BERTINDAK IKUT EMOSI
namun apabila mereka rasa di tindas atau ditipu, tak dihargai, pengorbanan di sia-siakan
akan lahirlah satu perasaan yang kuat untuk berjuang dalam diri sendiri
walaupun perempuan itu lemah lembut sifatnya tapi kadang-kadang hati boleh menjadi keras seperti batu
bukan macam ais yang cepat cair dek kerana molekul-molekul udara

lelaki pula selalu bertindak mengikut akal
hanya akal yang mereka pakai
tapi buta hati untuk menilai sesuatu

some men are not trusted begitu juga wanita
kerana mereka manusia biasa
mereka tak berupaya menjadi lelaki dan wanita yang punya hati yang luar biasa



THANKS GOD !!!


Sunday, July 25, 2010

hati bagai dirobek- robek, disiat-siat, dicincang-cincang...





mood: sedikit lega 


sedikit lega hati ini selepas mandi dan melepaskan awan yang mengandung air
ia sememangnya terapi paling mujarab selain meluahkan perasaan kepada seseorang
bukan perasaan suka kepada seseorang okeh
tadi dalam perjalanan balik dari kerja sempat aku menahan awan yang mengandung air
dan sesampai je kat rumah terus hujan renyai-renyai dan akhirnya selebatnya
beginikah emosi perempuan yang didatangi bulan mengambang ketika diri sedikit diuji dengan  
cabaran hidup?
terasa tiada sesiapa disisi menemani
terasa tiada sesiapa yang menyayangi dan mencintai diri
bukan cinta antara pasangan okeh
terasa ingin lari jauh dari semua orang
dan tak nak orang lain cari kita lagi
terasa diri serba kekurangan
ini tak cukup, itu tak cukup
mengapa tiada keluarga bahagia?
mengapa tiada emas seluas lautan?
mengapa tiada rupa secantik bidadari?


tanpa aku sedari akan nikmat yang ada pada aku
nikmat agama yang begitu suci
nikmat tubuh badan yang tiada cacat celanya
nikmat makan apa sahaja tanpa dicatu
nikmat keamanan bumi malaysia
nikmat mempunyai keluarga, saudara-mara, kawan-kawan, saudara jauh, saudara dekat
nikmat pergi sekolah ( ada orang tak pernah jejak ke sekolah pun)
nikmat duit walaupun cukup-cukup makan 
nikmat ada dua ekor kura-kura yang tak pandai bercakap tapi pandai buat bising berjalan ke sana sini dalam rumah mereka yang comel itu
lepas awan mengandung air itu menjadi hujan
apabila hati aku sedikit lega
aku cepat termotivasi diri sendiri, ia datang sendiri
tadi aku rasa nak 'pergi jauh' dari dunia ini


wahai silent readers terima kasih kerana sudi membaca entry ini
kadang-kadang lebih baik meluahkan perasaan pada orang yang langsung kita tak kenal,
langsung tiada pertalian darah, walhal tak pernah jumpa pun
korang tak kenal aku kan?
bagus!!! 
itu yang terbaik hingga saat ini
maaf entri kali ini dikala mood aku begitu down
sekadar luahan perasaan seorang gadis
minta diampun!!!









Thursday, July 22, 2010

lunch at T' cafe

hari ni dah jadi penghujung hari bekerja
esok start cuti la...
wah!!! bagus-bagus...boleh la aku berhibernasi puas-puas jumaat dan sabtu
sebelum aku bercuti di hujung minggu
aku post entri majlis penganugerahan dan penghargaan 5s
buat kakitangan yang telah bertungkus-lumus mencapai sijil 5s baru-baru ini...


zon aku iaitu zon t'square telah menang anugerah kreativiti
yeeaaahhh!!!
rock betul aku nih asyik cakap yeaahhhh je
bukan nak cakap alhamdulillah..(^_^)

okey-okey alhamdulillah.....
so nikmatilah gambar-gambar dibawah
tanpa makanan yang mengiurkan yang telah kami santap dan angin bayu yang sepoi-sepoi bahasa 

Photobucket
me dan abang wan yang control macho la pulak
tengok tu bukan main tembam pipi aku..
tak leh jadi ni kene pi slimming face nih...




Photobucket
1 men vs 7 woman
azri telah men-tujuhkan isterinya..hahaaaa
tatabahasa salah tu cik liza...




Photobucket
lia nih tengah makan pun sempat lagi ajak aku snap gambar




Photobucket

                                                                     3 dara bertingkat
                                              tengok betul-betul pandai betul dorang beratur



Photobucket

lastly gambar beramai-ramai yang tak berapa nak ramai....
ypu hebat!!!!!!!


sekian....

Sunday, July 18, 2010

kaya sungguh pakcik tu!!!



pagi-pagi ahad ni dah buat aku naik angin
mana taknya, mee hoon goreng tanpa telur + teh o = rm 2.50
kalau aku makan kat tempat satu lagi total tak sampai rm 2.00 pun
tadi hujan sebab tu aku ke kedai cekik darah tu...
kalau tak disebabkan hujan, tak ingin aku sarapan kat situ
dah la mi goreng keras macm besi..orang terengganu cakap 'kerah ketong'....
mujur tak patah gigi aku yang cantik molek nih...kalau tak mahu je aku saman kedai tu...
nanti tak pasal-pasal masuk pula dalam paper, "seorng pelanggan patah gigi makan mi hoon goreng.."
tak ke haru biru jadinya...



mood tengah geram lagi nih
so baik aku gerak dulu..bai..




Thursday, July 15, 2010

ANDAI ITU TAKDIRNYA

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakang keluarga sederhana,
dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri.



salam to all of you here....

           Hari ni aku nak kongsi sikit aku punya bahan pembacaan.korang suka baca novel tak? aku hantu novel sebenarnya...pantang tengok novel, habis kerja lain aku tinggalkan..Dan apabila aku baca novel ni, aku tak sabar nak tahu kisah dari satu bab ke satu bab sampai makan pun rase tak nak...haaaa
begitu hebat penangan novel in..
           kat atas yang aku light colour merah tu adalah sinopsis novel ini. bagi aku, aku begitu kagum dengan watak perempuan yang bernama leya. dia seorang yang sungguh tabah, tabah dengan dugaan yang melanda. dia dibuang keluarga kerana fitnah seorang kawan pejabat yang menyebabkan dia ditangkap basah. walhal, dia tidak bersalah tetapi dia terperangkap. setelah mendirikan rumahtangga dengan lelaki tersebut, dia sedaya upaya cuba mentaati suaminya walaupun tiada sedikit perasaan kasih dari si suami. padahal suaminya terpikat dengannya sejak zaman belajar lagi tetapi disebabkan ego yang tinggi, syed azril sentiasa menyakiti leya sama ada batin mahupun zahir sehingga leya diperkosa oleh suaminya sendiri.
           namun, dengan bantuan seorang sahabat karib, leya bangkit dengan semangat yang kuat untuk terus hidup demi anak-anaknya. Maha suci Allah yang maha adil lagi maha pengasih, pengorbanan leya tidak sia-sia. setelah ujian yang bertimpa-timpa yang melanda dirinya, akhirnya kebahagiaan muncul juga dalam hidupnya bersama suami tersayang...alhamdulillah


* setiap ujian yang melanda dalam sesebuah rumahtangga sebenarnya menguatkan lagi semangat dan mengikat kasih sayang antara suami isteri.oleh itu, kita haruslah berjuang sedaya mungkin untuk kekal hingga ke syurga..Insyaaallah...

Monday, July 5, 2010

Mohd Mentor4 - cinta new song.

kegembiraan dalam penyeksaan...




kalau shahir kebahgiaan dalam perpisahan
aku...
kegembiraan dalam penyeksaan

gembira yang tak terkata kerana mohd mentor menjadi juara
aku memang penyokong mohd
mula-mula aku tengok dia atas stage memang aku suka dengan dia
aku kan nujum mak belalang..kui..kui....kui...
tapi aku tak expect dia menang
memandangkan pemilihannya di saat-saat akhir
but i very like him...terjatuh cinta sekejap...ehem....ehem....ehem.....


kedukaan pula melanda diriku
disebabkan terpaksa menunggu 12 julai
lambatnya.....
menunggu keputusan spa
aku harap sangat dapat bekerja di putrajaya...amin...


aku mahu suasana yang baru
mahu kehidupan yang baru
mahu menimba pengalaman yang baru
ingin menjadi liza yang baru...

moga impian aku tercapai...please doakan aku semua ye readers semua...
dah dekat jam lima..kejap lagi nak balik...
yeeaahh!!!!!!!!
ada macam gaya nas ahmad tak?????????


Sunday, July 4, 2010

sedih apabila ditinggalkan

semua orang tak nak kawan dengan aku
semua orang tak ajak aku makan
semua orang sisihkan aku
semua orang biarkan aku sendiri di pejabat ni

mentang-mentanglah aku sedang puasa
kui..kui..kui...
walaupun puasa tapi hobi aku bila time puasa suka menjenguk blog-blog masak memasak
sengaja buat air liur meleleh-leleh
kihkihkih..
tak baik tau cik ija
alaa..bukan ada bau pun
cuma cuci-cuci mata je
sebab amat memboringkan duduk kat office hari ni
langsung tak ada keje...
jam, cepatlah pukul 5...
aku nak balikkkkkkkkkk!!!!

cuaca mendung-mendung nih...
puasa pula tuh..
terbayang-bayang bantal, katil, selimut melambai-lambai lor..
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....



sleep Pictures, Images and Photos

Thursday, July 1, 2010

sudah sembuh



selamat sejahtera malaysia...
fuhh..agak lama aku menyepi dari dunia blogging
dek kerana demam selama satu minggu dan misi my office untuk dapat pensijilan 5S
aku jadi manusia lupa diri
lupa mengudpdate kedua-dua blog aku...
dan blog ini 
membiarkan my blogs terbiar berhabuk
penuh sawang-sawang..eh..eh..mujur belum ada tikus..teehee

alhamdulillah my office dah dapat pensijilan 5S
dan aku hampir-hampir pulih dari demam 5S
 ok today agak free so aku mau melencong-lencong dulu..
daaaa...



Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Bilangan pelancong yang singgah