Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!

Tourists around the world !

Im the Backpakers

My photo
terengganu, Malaysia
now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee

Tuesday, December 28, 2010

Bagai bayang-layang terputus tali






Bisa enggak aku ngomong indon untuk kali ni aja. Idak? 
Iya harus didulukan bahasa ibunda, ya kan.
 Bentar ya, mahu tukar channel Malaysia....

tett.. tett..tettttt...


Dulu hati bukan liver berbunga-bunga seperti bunga sakura di jepun. Meh tengok rupa 
bunga sakura dulu.





Nah,segar-bugar mata. 
Semangat ada hilang sikit, rempah hidup terasa tak cukup. Perlukah saya mencari
 sumber inspirasi atau seperti kata anak remaja, mangkin ! 


Apakah mangkin korang?



Adakah keknis?

Gambar kredit to keknis



Louis Vutton bag ??


Gambar kredit to google


atau inikah ???

NAK...NAK...NAK...
Boleh dapat free ke?
LOL...

Gambar kredit to google




Terasa sangat perlu mencari mangkin untuk membakar semangat. Tapi siapa mau jadi mangkin saya? 
Yang kat atas tu dah biasa dah....ececehh


Siapa nak jadi mangkin saya?

Monday, December 27, 2010

Baik untuk darah tinggi dan sakit kepala


Sebab kerja yang bertimbun-timbun, mata kejap gelap kejap cerah. Then masalah cinta monyet dan buaya darat lagi, semuanya boleh buat kau dapat sakit kepala. Then makan tak tentu waktu dan semua makanan kau tibai asal kau kenyang. Mulalah pelbagai penyakit hinggap kat badan. Salah satu penyakit darah tinggi. Salah dua, kencing manis. Salah tiga, kau pikir sendiri....


Biasa golongan muda-mudi sekarang hanya kenal panadol. Makan panadol then tidur-tidur ayam 
sampai 2, 3 jam. Hello, tidur-tidur ayam ke !!


Okeh, bagi golongan yang mencintai rempah-ratus nenek moyang dahulu kala sebelum televisyen gambar hitam putih, let try this easy tips. Ambil sedikit kulit kayu manis, rendam dalam air suam dan di tutup. 
Selepas satu jam, minum...nah, tiada lagi  sakit kepala. Tekanan darah pun segan nak lompat tinggi-tinggi. 

Please cuba dong !
Nenek pasti sayang kamooo!!!


WALI BAND - BAIK BAIK SAYANG ( ORIGINAL )









Tinggalkan orang yang tersayang dengan dendangan lagu ini....SUPERBBB !!!




Wednesday, December 22, 2010

Nak suap ke nak tumbuk ?






Hambek kau nisa, nani tumbuk sama dia...Suka suka suka bab jadi orang atas pagar ni. 
Sila tanya toki, tok ma, opah kalau tak tau maksud peribahasa 'atas pagar'.
Tak pun pergi tadika adik tanya cikgu taska. Confirm kena lempang bukan lempeng ye.
Kau yang jadi lempeng adalah.........


Very sweet !!
Dah habis comot makan kek di kedai resepi rahsia memanglah bermulut manis





Last kaki I jejak kat Secret Recipe kat Jitra
Lepas ni orang lain pulak jejak
I nak pergi Pulau Jerejak pulak





I really admire you....
You, Tun Mahathir Mohamad

Ada satu assingment I pernah buat tentang Rumah Kelahiran Tun Mahathir kat Aloq Setaq
Nak sebut sampai kaki dan tangan I terketaq
Nanti kalau salah sebut kepala I yang kena putaq...


Rumah Kelahiran Tun Mahathir ini adalah dibawah penyeliaan Arkib Negara
Untuk pengetahuan korang pelawat tak dibenarkan mengambil gamabr di dalam rumah ni
Private tau, tak boleh dimanipulasi
Kalau nak tahu, belanja adik makan aiskrim, nanti adik bodek mama papa datang sini
Senang kan...


Kecintaan Shaz dan mek kelate, Zura

Haha..ha...

Awek ganu in black menahan kepanasan
Dah tahu cuaca panas terik tapi still nak tunjuk kuasa kebal
mentang-mentang masa kecik selalu tengok kereta kebal dalam tv masa sambutan merdeka






Satu-satunya gambar beramai-ramai tourism girls di Kursus Protokol
Kemanakah kaum adam ?
Nak tak masukkan gambar ni dalam pencarian calon menantu mak korang?
Maaf baju hijau, putih. Korang dah terkeluar dari pencalonan. Permisi dong !








Aiyaaaa. Manyak amoiii  aaa...Peewwiitttt !!
Masing-masing ingin promote nak jadi duta gigi
Except me





Selesai segala pencarian maklumat dan penambahan ilmu untuk kelas Event
Sesi klik..klik bermula....
Unik tak pelbagai bangsa..
Inilah satu Malaysia





Sebelum melangkah keluar satu tapak dari kampus selepas
 bertungkus-lumuuihh naik bas turun bas, punch card in/out library, keluar kampus masuk kampus
siapkan assingment sambil berfoya-foya , bangun pagi siapkan assigment dengan baju tidur
then wajib mengumpul koleksi gambar kenangan untuk dikenang di hari tuaaa...



Biasa balik kelas lalu tempat go-kart jeling-jeling sambil cari michael shumaker, eh betul ke I mengeja tuh. Kot-kot boleh tunjuk ajar nak bawak kereta kecik ni
Now, dah boleh pandang sebelah mata pada dia sebab I dah pandai bawak kereta kecik
Go 9 girl...go...go..go...
VROOOoooooooooomm...........





Keterujaan di padang golf
Boleh bangga sikit sebab tempat belajar I je yang ada padang golf
Boleh makan buah berangan untuk main dengan Tiger Woods




The End of story "Budak Pelancongan"
.................................................................................................................................................



Thats my BIG DAY
  on 28 Mac 2010
Thats me !!
Me as a tourism management student
Congratulation sis !! LOL




ME AND MA FAMILIA





Okeh, I dah tak ada hutang dah. Kesemua episod dah langsai. Along, Pak Long, segala long termasuk
Long Jack Orang Kampung, jangan cari I lagi tagih janji-janji okeh.

Satu lagi jangan nak cari episod-episod yang korang terlepas kat youtube pulak,
memang TAK ADAAAA!
cari kat  sini dan sini

Baiii !!


Tuesday, December 21, 2010

Akhirnya sampai wad kebun



Budak pelancongan bersiaran lagi. Kali ni kita akan menjelajah Hospital Tanjung Rambutan. Awat??
Dalam keterpaksaan melancong ke sini. Sebab ikut dan kena paksa oleh my beauty friend, shaz balik kampungnya.

Tapi serius cik liza merasa amat tenang di sana. Mahu sambung master kat sana ?




Tu dia wad kebun. I cakap tak nak caya tadi.
Picture prove it!
Thanks picture, muah!




Salah satu aktiviti yang sempat saya 'teroka' semasa menjadi warga DPP BUKIT KACHI,
 UUM, SINTOK,KEDAH, MALAYSIA...




Kelam tak gambar dalam gua ni?
Destinisi pelancongan Perlis wajib diteroka oleh student pelancongan.
Nanti dah grad, apek tanya, you pernah masuk tak itu kelam punya gua??
Masyuuukkk...




Walau dah berkulat itu punya signboard punya gua tetap mau bergambar
jugak..






Aktiviti berwarna coklat, KO-KO yang menjadi pilihan adalah Pembangunan Wanita
Berangan Mat Jenin ganti Datuk Seri Sharizat soon.
hanya main pondok-pondok...




OK
Now pinjam alat masa dari Doraemon to LEE HUAT GARDEN, MUZIUM PADI AND
ULU LEGONG HOT SPRING

Bermacam-macam binatang termasuk Buaya Darat dan Buaya Tembaga yang ada disini,
tapi kuda besi ini juga menjadi pilihan purple girllll.
Tapi sayang kuda tak mau lari bawa jumpa putera raja


read more in this link

bila dah penat membanting padi, muka masih ceria
Dasar budak pelancongan bermuka manis..





'HOT GIRL'  berendam di HOT SPRING
Why lengan tudung putih macam chopstick?
Kesian asyik digelar CHOPSTIKS
LOL..






Si tudung merah tak cukup kain baju sebab tu tak selam dia dalam air HOT
Only HOT girl in the picture




ULU LEGONG HOT SPRING
tunggu kedatangan di lain masa bersama lain kecintaanku





Continue...


Monday, December 20, 2010

Kronologi Budak Pelancongan




I dah cakap dulu-dulu kan bahawa I adalah budak pelancongan. Entri ini adalah pembawakan 
entri sebelum ini, entri rindu kamu kamu kamu. Baru setahun jagung tinggalkan kampus 
tapi sa dah merindui diaorang. Ish,kenapa kamu rindu? Dah cakapkan I rindu, I rindu la. 
Mana boleh,eh sa nak stop jap rindu dorang then dah tak rindu lagi. Gituuu!!


Tengok rindu sama diorang sampai translate I  kepada sa terus. Tak paham maksud sa? 
Cenggini, I buat ayat eh.
'I rindu sama diorang'
'Sa rindu sama diaorang'
Paham dah ke? Bagus, tak payah sa terang dalam keadaaan terang-benderang lagi bersuluh ni.


Gambar bawah ketika di dalam cruise bersama geng over the sea. Dah cakap kan 
over the sea >>> sabah dan sarawak je.
Cruise ni area pusing-pusing area Pulau Pinang je bukan seantero dunia pun.
Tengok dressing masing-masing macam budak nerd je, sem satu la katakan...





Gambar harus dikaburkan untuk mengelakkan paparazi mengambil kesempatan dalam kesempitan.
Bersama dua jejaka terhangat bagi course tourism management di atas pelantar selepas bersabung nyawa menaiki cable car. Time cable car nak berhenti rasa terhuyung-hayang macam kapal terbang
nak terhempas. Tipuu..LOL.




And part amat paling sangat meninggalkan kenangan manis seperti gula-gula dihurung semut adalah ketika sem tiga. Percutian aka assingment ke Taman Negara Pahang bersama menyelami kehidupan orang asli.



Habis basah lencun, rugi kalau tak basah main air





see see see...


aiiyaaa...


Kenangan Terindah bersama

 RECCERS SIX


Nak tahu lebih lanjut pasal Reccers Six sila tekan sini


Next year kami terbang ke KOREA pulak.
Ok, TIPU lagi..
Kami ke Tanah Tinggi Genting saja



Ni depan kiosk KOREA



Bowling dah tutup, sila ambil gambar depan bowling sahaja
takut nanti nangis-nangis depan pensyarah mintak bawak main bowling






Outdoor time
di LONDON, Genting Highlinds





Ececeehh, lepas tangan konon tak takut
Memang tak takut, wirawan sejati ni okeh


ok, dah turun tanah tinggi...



Kau tengok betul-betul HZN 3063 >>> Subjek Pengurusan Acara
Macam tu lah budak pelancongan kejap pergi jalan-jalan, kejap event pulak
Enjoy ke jadi budak pelancongan?


Scroll saja ke bawah
-
-
-
-
-



Band Indon, hambik kau !!
Bukan calang-calang jemputan...
Student Indon aje pun.
Sila lempar tin, buku, pensel, segala apa yang ada dekat dengan korang..!!



Gadis pingitan bersama 'Kak Nita'
paling depan tu..tu..tuu







AMAT BERGUMBIRAAA !!!



Bersambung...


Sunday, December 19, 2010

bila aku rindu kamu kamu kamu



'Bila rindu...terkenangmu sayang, terasa sayu...' lagu Ruffedge kalau tak silap...
'Rinduuuu..ooo..rindu serindu-rindunyaaaa...' lagu slam kalau tak silap...
Sangat asyik dengan perkataan kalau tak silap, nak sangat tu tulis lagu...

Rindu...rinduuuuu...rinduuuuunyaaaaaa....
Boleh bayang tak camna aku rindu bila aku cakap rindu macam kat atas.
Bila dah rindu mula lah belek-belek laptop macam belek-belek album.



Oh, ni gambar kat KLCC before nak naik tanah tinggi yang ada genting >>>Genting highlands





Ni last day at Taman Negara,Pahang bila semua orang have fun buat rumah sementara dalam hutan belantara.
Muka ceria sebagai bukti okeh




Nampak tak baju-baju kitaorang yang vogue, macam-macam fashion tak ikut tema langsung masa event assignment. ni buka GILA GLAMOUR tapi GLAMOUR NAK JADI GiLA..(>_<)





Tipu-tipu konon naik permainan kat belakang, lepas tu ambil gambar sebagai bukti





kulit halus,muda senantiasa



Selamat Pagi, assalamualaikum...


"Bangun bang. Abanggggg, bangunnnn.!!!  Tengok ni". Abang bangun dengan mata mula-mula sepet, lepas tuh terus membulat macam mata kucing (o_o) >>>  (o_O) >>> (O_O) >>>   TERUS TAK NGANTUK-NGANTUKKK..Ishhh...

























bersambung......abang dah tidur balik >>>




Apa first impression korang pasa gambar-gambar kat atas? CANTIK... Ya betulllll !! Pintar, bijak, cerdik korang ye...Nah,saya upah sate satu cucuk seorang!. Saya tak tau la macam mana dioarang ni jaga muka, 
berhabis duit beribu-ribu ke,selalu pergi spa ke, apa ke kan...




Yang penting, hari ni saya nak kongsi cara mendapat kulit yang halus mulus seperti mereka tanpa keluarkan atau rompak duit kat bank iaitu dengan cara yang senang dan murah..Kalau nak cuba, pergi curi buah tomato mak korang dalam peti ais. Kemudia buah tomato dikisar halus dan hancur tau. Then, lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.




Kulit muka dah halus tu mesti la nak dijaga kan biar sentiasa muda belia gituuu!!. So, semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi...InsyaAllah







Wednesday, December 15, 2010

Qaseh Ija










LOVE YOU  !!!


Health Benefits of Melons











Sangat banyak entri yang beratur dalam kepala seperti budak-budak sekolah rendah beratur untuk membeli makanan di kantin. Entri kesayanganku di institut pengajian tinggi kalah di tempat ketiga, entri teman tawa dan nangis kalah di tempat kedua. Juara adalah ini :




Health Benefits of Melons




Kebarangkalian cuaca panas, mendung dan hujan adalah tidak dapat diramal oleh kita kerana di sekolah kita hanya belajar gerhana bulan, gerhana matahari dan bukan gerhana hati.   o_OKalau ada belajar pun hanya bagaimana titisan hujan turun dalam subjek geografi.



OK, hari ni jom ke sekolah Selendang Kasih untuk mengetahui banyak atau sedikit ilmu bergantung pada tahap kekusyukan korang tentang kebaikan melon yang terdiri daripada tiga jenis melon iaitu 'cantaloupe', 'watermelon', dan 'honeydew'. Saya paling gemar watermelon. Ecece...bila masa nak sebut nama buah aje speaking aje...LOL...Kebaikan dalam  Melons :



 Boost energy : 
Kalau direct translation  adalah memperkembangkan lagi tenaga kerana kaya dengan vitamin B. 
Vitamin B bertanggungjawab untuk memproses gula dalam badan. Lepas makan nasi sila makan 
watermelon pulak. Nanti tenaga anda kuat seperti SUPERMAN! O_o


 Cancer Prevention : 
 Terdapat pigmen tumbuhan yang berwarna merah dalam watermelon yang menghalang pertumbuhan 
kanser prostat, kanser hati dan kanser kolon. Sebut aje kanser automatik ingat hospital 
terus ingat... LOL. Kalau rasa tak nak jumpa doktor hensem, amalkan selalu makan melons


 Lower Blood Presure : 
 Tekanan darah dapat dikawal sebab ada potasium. Kalau tekanan darah rendah jangan susahkan 
diri nak derma darah okeh. Sebab gerenti korang tak kan lepas .heee


 Diabetes : 
 Komponen mineral seperti potasium dan magnesium yang terdapat dalam watermelon  membantu   
 mengurangkan gula dalam darah. Jadi  kamu akan HEALTY. 


 For Weight Loss : 
 Kalau nak try boleh tak dapat bentuk badan cekci, pergi pasar beli watermelon. Tetiba 
 cakap seksi dengan nada gedik 'cekci'.


 Helpful for Women : 
 Baik untuk ibu, baik untuk fetus, baik untuk bayi. Bayi yang sihat bermula dengan 
pemakanan ibu yang sihat. Nanti dapat bayi yang 'sihat'..heee


 Beneficial for Eyes : 
Waktu malam tak perlu risau la untuk keluar apabila menyempurnakan harimu dengan  
watermelon. Yeahh, jadi kutu rayau korang lepas ni eh.





Cikgu :  Sekian pembelajaran hari ini. Cikgu harap kamu take note ye. Jangan lupa ulang dan kaji.
              Nak lebih info cari kat sini

Ketua kelas :  Bangun semua ! Terima kasih cikgu !

Cikgu :  Sama-sama murid-murid
              Jumpa lagi 



!

Monday, December 13, 2010

Mari Mengukir di Pameran Ukiran Kayu




Hasil google makna ukiran adalah :

1. hasil mengukir: ~nya sangat halus. 2 sesuatu yg diukirkan; lukisan dll yg diukirkan: ~ pd pintu rumahnya sangat menarik.

got it friend???

hasil ukiran ni adalah warisan turun temurun
jadi seharuslah kita mempelajarinya.
ok tak nak belajar.FINE


PERGI MELAWAT KAT TAPAK FESTIVAL NI JE PUN TAK APA
untuk menunjukkan sokongan kamu semua terhadap produk buatan Malaysia


 jom I bawa you all mengembara ke Pameran Ukiran Kayu



cak cak cak










auuuu




cak...
suka sangat jadi kanak-kanak ribena dengan auuu....cak....auuuu...cak...!
gambar harus dibesarkan untuk memberi impak CAK







cantik sungguh kan






sila jangan jemu dengan gambar tuan blog bersama cermin-cermin ajaibnya...






mahal ni wooooo.....!




lilin yang menerangi





aksi bergambar macam tiang letrik





aksi yang masih sama dengan tangan ke belakang
cuba menyembunyikan sesuatu





sesuatu itu telah tiada
maka tangan haruslah tangan ke hadapan ye sayang





ok bawak balik satu agar rumah terhias indah
dengan produk kayu seumpama di dalam hutan rimba








Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Bilangan pelancong yang singgah