Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!

Tourists around the world !

Im the Backpakers

My photo
terengganu, Malaysia
now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee

Wednesday, January 26, 2011

Mereka KECINTAAN ku

Air laut ada masa pasang ada masa surut.
Angin ada masa kencang ada masa sepoi-sepoi bahasa
Api ada kala jadi kawan ada kala jadi lawan

Namun persahabatan yang ikhlas lagi jujur akan sentiasa berpanjangan
Walau aku ke kutub selatan kau ke kutub utara
Walau aku di barat kau di timur

Ecehehe, gila jiwang karat 17 kau liza


Mereka adalah kecintaanku masa bertatih, masa jatuh bangun dari tangga,
masa mengigau..kihkih


Jom usha awek-awek cun



 member baik masa belaja kat UUM
dari kiri adalah diri sendiri, nisa yang suka jiwang karat, nani yang hiperaktif 
dan sal yang pemurah
 makan bersama, keluar bersama, tidur bersama, mandi je tak bersama..
eh..eh..mandi pun sama la tapi bilik air sebelah-sebelah..@_@




 Ni pulak Nur Shazwani tajal Ariffin. Nah nama penuh aku kasi,hambik kau!
Dia ni mempunyai dua aset gigi arnab..heeee >>> jangan marah shaz
Shaz ni coursemate aku, mana-mane kelas sama je,tak kan ada muka lain dah
Boring tak shaz asyik tengok muka kita jer?





 Minah ni pulak aku kenal sejak dari kecik tau tapi hampeh satu gambar pun aku tak ada dengan dia.
Aku suka panggil dia jah.Kadang-kadang aku panggil jer jijah..kihkih
Ingat iklan jijah kat tv tuh??
kelakar kan..



 Gila gambar zaman muda tingkatan enam..auuww
Yang ni awek gak tapi dah jadi mak orang dah..melepas la korang
Echah ni teman sekampung merangkap schoolmate
Kat sekolah dia jadi Ketua Pengawas Perempuan, aku jadi Penolong Pengawas Perempuan
Sweet tak? Muntah darah jap lagi korang..huwaaaaa




Azuraaaaaaaaaaaaaaaa..kau lah sinar hidupku....
Ingat tak lagu siapa?
Haaa..pandainyaaaaa..
Penyanyinya Jamal Abdillah
Ni pun coursemate aku gak, orang kelantan
 Tengok gambar tu siap ada kad matrik lagi




Hai cikgu siti..!!!
Anak murid nakal tak?
Anak murid yang tulis entry ni nakal tau  !
Haa, ni kawan aku dari sekolah rendah till sekarang, hope akan berpanjanganlah ye dear!! Ameen


Okeh, cerita dah habis. Banyak kerja yang menunggu. Bai !


Saturday, January 22, 2011

Shawl atau tudung ekspress menjadi pilihan?



Korang suka pakai shawl atau tudung ekspress?
Mana lagi cantik?

Fesyen bertudung semakin dipelbagaikan kini. Bertudung bukan sahaja menutup aurat malah boleh memberi keyakinan diri dalam diri seseorang. Bagaimana?


Cari sedikit kretiviti agar tudung yang digayakan bersesuaian dengan diri sendiri. Jika tiada idea, korang boleh godek-godek kat youtube atau majalah atau pun suratkhabar..

Now, tak ada helah lagi untuk tidak bergaya dengan pelbagai jenis tudung yang menarik di pasaran.

Singgah selalu tau kat ROSE SHOPPING BAG

agar korang nampak lebih menawan dan anggun !!!



Wahai intan payung,mai sini jap!


Hai, tengok movie Dil Se ke petang-petang sabtu nih?
Lama dah tak tengok Shah Rukh Khan berlakon..Winduuu..!!!
Sambil tengok-tengok hindustan tu, mai sini jap cheq nak habaq...

Dah window shopping ke kat ROSE SHOPPING BAG ?

Korang nak shawl?

Tudung Z&Z?

semua ada kat sini tau!!
Bukan tu saja, kerongsang pun ada...

Cantik-cantik gituu !!!

Tak caya??
jom tengok picture....








cik pipi tembam terpaksa jadi model sambilan.....(@_@)

Harga yang ditawarkan amat berpatutan dengan design-design yang menarik
yang menjadikan korang DA BOMMMM AH!

Scroll bawah kita tengok brooch pulak..

Jangan lupa datang tau..daaaaaaaaaaaa..






Tuesday, January 18, 2011

10 cara tradisi hilangkan parut



Kata orang, 'Kalau nak tahu pasal diri sendiri, CERMIN lah diri sendiri'. Tapi bila tengok cermin...Oopsss, ada parutlah ! Camna tu? Parut adalah kesan dari tercedera ketika memasak, terjatuh ~ opocottt! ,ataupun bekas jerawat yang dipicit sebab tangan sangatlah GATAL...

Jadi solutionnya gimana si?


Jom countdown, bebeh



10. LIDAH BUAYA :

Gel lidah buaya disapukan ke kawasan luka yang masih baru. Please  jangan mintak 
dengan buaya darat sebab diorang memang tak tau okeh!


9.  KAYU CENDANA : 

Air mawar dicampur bersama kayu cendana. Kemudian sapukan pada parut sebelum tidur. Sebut kayu cendana ingat peribahasa ini   'Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu.................meneka pula' ~ melencong dari kebiasaan...XOXO


8. JUS LEMON

Mempunyai tahap keasidan yang tinggi sebab tu boleh hilangkan bekas luka dan belang-belang di kulit. Boleh buat mask jugak tau, cuma hiris 1 slice then sapu kat muka la, apa lagi!! heeee... 
Saya paling suka cara ini,sangat efektif tau!


7. MINYAK LAVENDER

Minyak ini perlu disapu pada luka dengan menggunakan kapas,2 kali sehari


6. MADU

Madu, ditangan kananku, 
Racun, ditangan kiriku...hah, pilihlah..hahahaa
Cara yang paling mudah, ambil madu then sapu pada parut..  (^_^)


5. JUS TIMUN

Sambil masak pun boleh hilangkan parut. Just potong timun then blend then buat masker. Biar selama 15 minit then basuh dengan air suam bebeh.


4. MINYAK KELAPA

Pergi panjat pokok kelapa, kopek kulitnya, mesin kelapa then bla..bla..bla...>>>TIPU JE
Beli je minyak kelapa dan sapu pada parut ye sayang


3. MINYAK ZAITUN

Same seperti di atas, tak payah aku reka cerita dongeng semata-mata


2. TEH HIJAU

Cari daun teh hijau dekat Cameron Highlands~ tak payah
Teh hijau dibasahkan dengan menggunakan kapas dan disapu pada parut


1. DAUN PUDINA

Pergi cari daun pudina yang wangi tuh, kemudian hancurkan hingga halus. Masukkan daun pudina yang sudah dihancurkan dalam kain perca yang bersih, then bolehlah disapu pada parut.




semua tips ini diolah daripada Majalah Remaja

cau dulu you all  !!!



Thursday, January 13, 2011

Rose Shopping Bag now OPEN !!!






Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana dengan izin-NYA saya dapat merealisasikan angan-angan Mat Jenin saya. (^___________________^)
Lebar senyum bukan main lagi...heehehe..


Dengan pembukaan bisnes online ini,makanya saya akan sedikit sibuk untuk menerima tempahan, mengambil stok dan delivery barang-barang. Tapi i am happy, SUPER DUPER HAPPY sebab walaupun saya dah habis kontrak tapi still dapat cari pendapatan sampingan sebelum mendapat kerja tetap. Tak la duduk rumah buat aktiviti yang tak berfaedah tunggu orang suap nasi jer, then goyang kaki tengok SINETRON CINTA DAN ANUGERAH di TV9, then mengadap facebook 24 jam. Walaupun barang tak banyak sangat sebab modal sedikit tapi insayaAllah saya akan masukkan barang-barang sedikit demi sedikit...


Cabang perniagaan memang banyak tapi seperti semua sedia maklum, kalau nak memulakan perniagaan, kita memerlukan modal yang amat besar. Nak sewa kedai, upah pekerja, pengangkutan, bil elektrik dan macam-macam lagi la. Tapi dengan teknologi yang maju ke hadapan, kita boleh membuat perniagaan dengan modal yang kecil sahaja. Cuma apa yang diperlukan adalah sedikit keyakinan, kesabaran, usaha dan teknik pemasaran yang berkesan.


Sebelum mengundur diri, jangan segan-silu untuk melawatokey.






Just search pada facebook then here i am...!!! Jangan lupa LIKE tau !!!


Thursday, January 6, 2011

Beb, bila last kau gunting rambut ?



Dulu masa kecik-kecik, mama selalu ajak pergi kedai gunting. Walhal, rambut baru panjang melebihi paras bahu. Dan aku selalu buat muka bila diminta berambut pendek O_o .
Dengan memek muka sedih tahap gaban, rambut kerinting ku tetap dipotong pendek.Then, balik rumah dengan keadaan muka yang tak puas hati. Habis pinggan-mangkuk, gelas dipecahkan. Tak cukup tu, baju digunting-gunting jadi kain perca ~ dalam hati je. Kalau masa kecik aku kenal rambut palsu pasti aku pecahkan tabung semata-mata untuk membeli rambut palsu bagi menutup kependekkan rambutku.


Time flies, now aku dah boleh buat keputusan sendiri samada sedia untuk ke kedai gunting atau tidak. Ke kedai rambut palsu? Lupakan saje...You're hijab girl bebeh !!


Tahun baru tiba, kehendak hati meronta-ronta mahu menggunting rambut sampai bebel-bebel kat mama bila nak pergi kedai aunty gunting tuh. Still tak akan ke sana sendirian tanpa mama.


Sebab? 


Mama always be my 'pengkritik no.1'. Walaupun kadang-kadang mama dah tak larat nak melayan anak perempuannya ni yang dah tua bangka tapi still ke sana kemari berkepit dengan mama. Even stlye rambut aku mama tak berkenan tapi still cakap 
'ye, cantik sangat' untuk ambil hati anaknya.




Ini hanya sebuah kisah lama yang manis untuk dikenang

Wednesday, January 5, 2011

Product review


Assalamualaikum...


Setiap hari merupakan lembaran baru dalam hidup seseorang untuk melangkah lebih maju ke hadapan. Dengan tekad dan usaha yang tidak putus, Insyaallah...semua impian akan menjadi nyata.


Sejak setahun yang lalu, blog ini hanyalah ruang untuk berkongsi cerita seorang blogger, namun demi merealisasikan 'angan-angan mat jenin' si blogger ini, maka blog ini juga akan menjadi medan untuk si pemilik Selendang Kasih untuk membuat promosi perniagaan secara kecil-kecilan.


Produk pertama yang diketengahkan adalah kaftan Terengganu @ baju kelawar.




Ni corak kat baju ok, saya kasi zoom...


Pandangan depan



Pandangan belakang





      
Ni corak kedua







Jenis kain : Cotton

Harga : RM 25 sehelai (tidak termasuk kos pos)

Saiz : Free saiz




Kalau ada Si cantik manis yang berminat, please inform me alright. Boleh dihadiahkan pada mama, isteri kesayangan, para ibu mertua dan kekasih hati....(^__________^)



Sebenarnya banyak lagi pilihan corak dan warna, entri ini hanya untuk survey permintaan terhadap produk kaftan Terengganu


Tuesday, January 4, 2011

Entri orang yang baru nak bertatih



Masa tiba-tiba terasa cepat berlalu. Hari ni dah hari keempat tahun baru 2011 kan. Ni pun dah waktu malam. Rasa baru saja tengok bunga api, dengar mercun, tengok konsert kat tv. 
Saya ada cakap kan kat entry lepas, "tutup buka lama, buka buku baru". Sebab itu saya menjelajah satu pasar payang hari ni. Motif ?

My first azam tahun baru nak ada ONLINE SHOP. So, sekarang adalah masa untuk pembikinan what i say just now. Kata seseorang, kalau nak berniaga mesti bersiap sedia untuk 'berperasaan' ketika kerugian. Maksud saya untung atau rugi dalam sesuatu perniagaan adalah lumrah hidup terutama ketika baru saja nak bertatih di dunia perniagaan. Mesti sentiasa bertanya pada orang-orang yang dah arif, minta nasihat, tunjuk ajar, jangan sombong. Dan yang penting TIDAK PUTUS ASA. 


Saya juga sentiasa ingat bahawa seseorang yang berusaha pasti akan mendapat ganjarannya kerana Allah telah menjanjikan setiap manusia dengan pintu rezeki masing-masing. Setelah berusaha, wajiblah kita bertawakal iaitu berserah pada Yang Esa kerana disitulah satu-satunya tempat untuk kita berserah.


Interested to know what actually i said just now? 
Be patient, i see you tommorrow beb !


Sunday, January 2, 2011

satu.satu.satu.satu dengan senarai kesyukuran


Tajuk panjang berjela. Perghh! Perghhh ! Perghhhhhh!


Mari meguji tahap kesyukuran kita

kalau betul kita bersyukur !




1. Saya bersyukur sebab ada broadband untuk belog bersama anda, dapatlah
'i follow, you follow....'

2. Saya bersyukur sebab masih boleh bernafas pada hari pertama tahun baru tanpa perlu membayar bil pernafasan

3. Saya bersyukur sebab hari ni saya tidak kelaparan kerana saya masak lauk paling malas senang iaitu ikan singgang, ikan goreng dan sayur goreng

4. Saya bersyukur sebab ada mama yang boleh masak makanan paling superb didunia

5. Saya bersyukur sebab telah tamat kontrak dan dihadiahkan dengan pelbagai pengalaman, dibelanja makan dan diberi cenderahati yang comel-comel. 
    walaupun dengan masa yang singkat iaitu sembilan bulan namun banyak jatuh bangun disitu

6. Saya bersyukur saya seorang yang alergi seafood sebab akan dapat kolestrol tinggi jika makan seafood dalam kuantiti yang banyak walaupun dulu saya seorang yang gila seafood

7. Saya bersyukur sebab belum boleh memandu so dapatlah 'manja-manja' dengan
mama dan abah minta hantar pergi mana-mana

8. Saya bersyukur sebab masih ramai kawan-kawan yang sayang saya dan ingat saya.
Zaman teknologi harus jejak kasih dekat facebook aje
9. Saya bersyukur sebab tak gemuk walaupun makan nasi tiga kali sehari sampai kawan-kawan
panggil 'chopstik'. Patutkah?

10. Saya bersyukur sebab kenali Hanis Zalikha apabila berbelog. Gaya penulisan
yang santai membuat saya jatuh cinta. Jadi I FOLLOWWW...

11. Saya bersyukur sebab menjadi warganegara Malaysia sebab tiada negara di dunia yang boleh hidup aman dengan kepelbagaian bangsa. Am i right?

12. Saya bersyukur dan bangga ada dua adik lelaki sebab nanti boleh jadi bodyguard.
Petik jari aje dan merah muka si pengacau

13. Saya bersyukur sebab kura-kura menjadi binatang peliharaan walaupun
tak pernah nak duduk diam

14. Saya bersyukur sebab pernah melalui cinta monyet

15. Saya bersyukur sebab masih ada nenek untuk menumpang kasih sayang yang melimpah-ruah beserta ahli keluarga yang lain

16. Saya bersyukur sebab mempunyai pancaindera yang berfungsi dengan baik

17. Saya bersyukur sebab pernah ada pengalaman bekerja

18. Saya bersyukur sebab masih taat pada perintah agama

19. Saya bersyukur sebab pernah merasai suasana kampus
bersama budak pelancongan

20. Saya bersyukur sebab masih solo. Tuhan merencana sesuatu sesuai dengan masa,
jadi...TUNGGGUUUUU !

21. Saya bersyukur sebab boleh tengok bunga api dekat klcc
dalam TV..  XoXO

22. Saya bersyukur sebab ada mata sepet

23. Saya bersyukur sebab pernah merasai suasana berkhemah

24. Saya bersyukur sebab saya tak buta IT

25. Saya bersyukur sebab...sebab...sebab banyak pulak senarai kesyukuran yang
saya dapat tulis dan anda dapat membaca

26. Saya bersyukur sebab saya berjaya post entry di saat jam 11.55 pm
pada hari pertama tahun baru

27. Saya bersyukur sebab saya dah mengantuk



ZZzzzzzzzzzz............





Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Bilangan pelancong yang singgah