Kumpul DUIT nak pergi melancong !!!

Tourists around the world !

Im the Backpakers

My photo
terengganu, Malaysia
now counting anniversary sweet and sour 26,still find MR.RIGHT around the world sebab tu jadi backpakers..Teehee

Friday, April 30, 2010

EID




Ekspo Industri Desa

Tarikh : 29 April - 2 Mei 2010
Masa : 10am - 10pm
Tempat : Terengganu Trade Centre

ada pelbagai barangan yang menarik menanti anda..anda..andaaaaaaaaa..



 cupcake yang cute




sutera yang cantik dan glamour




kek kahwin siapa ini...???




cenderamata songket..
catik kan..boleh buat wedding gift..
sapa nak kahwin ???




produk kambing




produk rotan
beli untuk anak satu....hehe
ooppsss..belum ada anak..



ada banyak lagi aktiviti kat sini
esok giliran aku bertugas
nanti aku update lagi eh....
jumpa saya di sanaaaaaaaa...!!!!!





Sunday, April 25, 2010

nak penumbuk tak..???



meh la sini nak gaduh
meh aku bagi penumbuk baik punya nih
bukan senang nak dapat tau
aku je yang leh bagi penumbuk warna warni ni...


cantik tak hasil kerja mimi wahida nih
kitaorang buat hasil kerja seni semalam
dan inilah hasilnya

tadaaaaaaaa..!!!!!!!




weldone <<< girl >>>

Saturday, April 24, 2010

terengganu dihatiku




na...na...na...terengganu kite...
owoh..lupa lirik doh
karak a.k.a berkarat doh otak aku nih
baru tiga tahun duk kedah
dok ingat doh 
lagu Saleem nih..waawaaa.....
tapi
terengganu tetap dihatiku..jangan risau eh....

ni mari ramai-ramai
meh lawan aku wat blog...
sapa menang dapat hadiah yang lumayan weh...



PERTANDINGAN BLOG 
PELANCONGAN TERENGGANU 2010
TERENGGANU DIHATIKU
"BERBALOI DI TERENGGANU"









untuk maklumat lanjut korang boleh layari


good luck love...



me @ work


dah lama nak post pasal tempat kerja
tapi terkandas dengan masa
aku dah kerja sekarang...


buat masa sekarang, ni la kerja aku setiap hari
melengkapkan @ dengan bahasa lain decorate pejabat
dengan 5S:

  • menggunting
  • laminated
  • dan bla..bla...bla..



mejaku yang comel tunggang langgang



mejaku yang bersebelahan bilik bos..huhuhu
pasti sentiasa diperhatikan...beware !!!!!!1

Tuesday, April 20, 2010

sempat lagi jalan-jalan masa keje


                                                             tak sempat nak post semalam
ngantuk sangat-sangat
hari ni baru ada masa untuk mengomel


semalam bawak geng seramai enam orang
empat berkereta, dua bermotor-maksudnya naik motor ok...


mula-mula kami menuju BSN
nak rompak bank
ada tak tengok dalam surat khabar 
salah satu
cawangan BSN kena rompak semalam ???
ada ??? apa,tak ada..???
hehe..betul..betul..betul..
tak ada..
kami sebenarnya pergi buka akaun
untuk duit masyukkkkkk laaa..
kami ni semua budak- budak t-gas
training kat pejabat badan berkanun 
di Kuala Terengganu..

 
lepas tu kami pergi mahkamah 
buat apa pula pergi mahkamah tu..
nak bayar saman ke
atau nak hadiri perbicaraan..
atau nak pergi ngorat peguam..hahaaha
the truth is..... kami berenam pergi cop pengesahan 
gelak la..guling-guling sikit...hahahhaa

ni buku dan kad atmnya..





ok bye tuk malam ni..



Saturday, April 17, 2010

anda gagal untuk menjadi cikgu...

macam tak percaya aku gagal
untuk ikut program diploma perguruan DPLI
tabah ye liza...
aku memang seorang yang tabah
jangan risau
aku takkan bunuh diri seperti dalam edisi khas tugasan bomba
menyelamat mangsa-mangsa yang mahu bunuh diri ini dalam MAJALAH 3...
sekarang aku mahu meneruskan cita-cita yang yang telah lama aku pendam 
di lubuk sanubariku..
cuba korang cari di mana lubuk hati aku..ngeh..ngeh..ngeh..
dan untuk berjaya ke arah itu
aku sedang cuba mencari peluang yang terluang...

walaupun lambat untuk mendapat rezeki itu
doakan ianya berkekalan dan mendapat berkat...AMIN
aku caps lock perkataan amin agar korang 
tak lupa mengaminkan doaku ini..hehe



Sunday, April 11, 2010

ayam belum berkokok, aku dah bangun



hari ni
aku bangun jam 4 pagi
ni semua gara-gara paksu aku
ditinggalkan bas
buat-buat emosi sikit dengan cerita hari ini..ngeh..ngeh...ngeh...

paksu aku dah naik bas di putrajaya
lepas tu, bas tersebut berhenti
di Hentian putra

semasa di Hentian Putra
paksu aku turun untuk ke tandas
tup..tup..
bila keluar dari tandas
bas dah tak ada

padahal paksu aku dah bagitahu pemandu bas
yang dia nak ke tandas sekejap
tapi betul la pemandu bas tu memang tak prihatin langsung
terhadap penumpang
tak ke dia terpikir untuk memeriksa penumpang dulu sebelum
meneruskan perjalanan

aku rasa kalau dia bawa keluarga jalan-jalan
pasti ada antara anak-anak atau isteri yang ditnggalkan..ooopsss...
tertinggal...
di stesen minyak atau hentian rehat R & R

bas tersebut tiba di hentian bas MBKT jam 5.40 pagi
mama aku bagitahu pemandu bas tu yang dia tertinggal penumpang
korang tahu apa jawab pemandu tu ???
" yeke" ???
dan pemandu tu buat muka selamba je..
lepas tu, mama aku minta izin dari pemandu bas untuk ambil beg paksu
yang tertinggal...


moral dari cerita aku
jangan turun dari bas sebelum sampai ke destinasi..hehehe
itulah yang aku buat semasa belajar di Kedah dulu..hahaha
"renung-renugkan dan selamat berpikir...."




Thursday, April 8, 2010

hari khamis


"jom mengaji, liza" kata en.lan...
hah??? aku ternganga sendiri...hehe
rupa-rupanya sudah menjadi amalan di tempat kerja aku
ada slot mengaji setiap pagi khamis
alhamdulillah....
tak kusangka
masih ada tempat kerja yang mementingkan amalan mengaji
walaupun sekejap tapi pengisian yang amat padat...

Saturday, April 3, 2010

sedih...



sedih...sedih...sedih...sob..sob..sob..
my samsung phone terjun dalam longkang apabila terlepas dari genggamanku...
saat itu jantungku berhenti berdegup..........
tapi beberapa saat lepas tu
aku terus terjaga untuk menyelamatkan my samsung
lepas my samsung dapat diselamatkan
aku terus buka bateri dan body phone
lap dengan tisu dan keringkan my samsung
menggunakan hairdryer
malam pula keringkan my samsung guna kipas
fuhhh..!!!!
tak ada keje cari keje betul aku nih
pagi ni alhamdulillah
my samsung boleh on seperti biasa
aku bersyukur sangat-sangat
kalau tak boleh on
aku tak tahu lah macam mana 
bak kata pepatah
" Hidup segan, Mati tak mahu "


Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Bilangan pelancong yang singgah