korang pernah dengar tak "trade mark" kat atas tu??
hmm..itulah "trade mark" cuti-cuti Malaysia..
kali ini,jom kita melangkah setapak lagi..
setapak je??
bukan-bukan....hehe..
kita melangkah bertapak-tapak lagi untuk meneroka alam...
alam ape??
alam bunian..hehe
sebenarnya di negara kita..Malaysiaku yang tercinta ni...
Malaysia kita la..maaf ye..
banyak sangat destinasi yang menarik bagi kegiatan riadah alam semulajadi dan eko-pelancongan buat pencinta-pencinta alam...
malah, di Malaysia juga terdapat hutan tertua di dunia yang berusia 130 juta tahun
yang menjadikan taman negara begitu istimewa..
kenapa?? tak percaya??
ini fakta yang aku ambil daripada naskah percuma "Tourism Malaysia" ye kawan-kawan...
disebabkan aku pernah pergi ke Taman Negara Pahang
jadi aku akan berkongsi dengan korang semua pasal pengalaman aku bersama mahasiswa-mahasiswi UUM daripada jurusan pengurusan pelancongan di Taman Negara Pahang...
tapi korang semua perlu tunggulah untuk "post" yang seterusnya ye..
sabar-sabar.....
pada hari yang mendamaikan ini
aku nak berkongsi tips-tips @ panduan-panduan pengembaraan meneroka hutan yang amat berguna..
yela..sebelum masuk ke hutan, kita mestilah membuat persiapan yang rapi kan..
Tips-tips apabila meredah hutan adalah:
1. Pastikan tahap kesihatan anda berada pada tahap yang amat baik.
- yela..kalau tak sihat, macam mana nak mendaki bukit,nak masuk gua..
kene merangkak tahu...-
kene merangkak tahu...-
2. Bawa bekalan air yang secukupnya dan sedikit makanan ringan yang mudah dimakan untuk menambah tenaga.Elakkan daripada makan buah-buahan hutan atau minum daripada mana-mana sumber air.
- bukan apa,takut buah-buahan hutan beracun pula..korang tahu ke?? -
3. Cuba bergerak dalam senyap supaya tidak menakutkan hidupan liar. Bertolak awal selepas subuh memberi kita peluang baik untuk melihat binatang-binatang yang sedang mencari makanan
dan merasai kehangatan pagi.
- mana la tahu boleh berjumpa dengan gajah ke..tak pun harimau..nanti...
boleh ambil gambar sama-sama...haha -
boleh ambil gambar sama-sama...haha -
4. Pakaian yang nipis dan longgar yang diperbuat daripada kapas adalah pilihan yang baik untuk memastikan peluh diserap dan keselesaan anda untuk bergerak.
5. Tutup bahagian tangan dan kaki dengan seluar panjang dan baju lengan panjang untuk menghalang gigitan nyamuk dan melindungi kaki dan tangan daripada tumbuhan-tumbuhan berduri.
6. Pastikan anda memakai stokin panjang atau sarung kaki untuk mencegah gigitan pacat dan lintah.
- Kalau pacat gigit aku,aku cincang pacat tu lumat-lumat..hehe -
7. Pilih kasut yang tahan lasak agar dapat memberi keseimbangan yang baik pada diri anda.
- kasut yang murah pun tak apa, asalkan berkualiti -
8. Topi bertepi lebar boleh membantu melindungi anda daripada sinar terik matahari.
- takut ular jatuh atas kepala je..hehe -
9. Akhir sekali,jangan lupa bawa plastik sampah untuk membuang plastik makanan dan botol minuman.
- kalau terjumpa sampah, jangan nak menyampah pula, hulurkan tangan, ringankan beban okey...dapat pahala...hehe -
...........amazing pictures..........
.
.......coming soon......
- reccers six -
No comments:
Post a Comment