"jijah",itu nick name aku apabila Dody memanggil aku tak kira di mana jua semasa aku belajar di hutan Sintok. Hutan Sintok tu name timangan UUM atau nama panjangnya Universiti Utara Malaysia. Pada mulanya aku memang tak suka nama "jijah" tu tapi lama-kelamaan menjadi kesukaan aku.hehe..Aku pun tak tahu kenapa rakan satu jurusan aku itu suka memanggil aku dengan panggilan itu, nanti masa hari konvo bulan 3 aku tanya Dodi eh... Kawan-kawan satu jurusan yang lain suka memanggil aku "kak ros",diorang perasan diaorang muda kot,wahal kitaorang sebaya..huhu.Jangan marah ek kawan-kawan,mampus aku dikerjakan diorang nanti..wawaaaa. Jiran-jiran bilik pula biasa panggil "liza" termasuklah x-roomate aku, nani. Pada mulanya aku memang memperkenalkan diri dengan panggilan "liza" tetapi bermula suai kenal kelas subjek perjalanan, En.Khairi, pensyarah yang poyo dan baik dengan pelajar-pelajar ni memanggil aku "ros". Sejak dari itulah nick name "ros" menjadi glamour..glamour ker??heheh...Pensyarah subjek alam sekitar pun cakap panggil dengan nama "ros" lagi cantik.Dan are,nama betulnya zaleha memanggil aku "kak ros" dan terus menjadi ikutan kawan-kawan yang lain..
Masa sekolah dulu pula, ramai kawan-kawan panggil aku "liza" tapi seorang je suka panggil aku "ros", namanya Naim.. Cikgu-cikgu pula kalau sebut nama aku terutama bila nak bagi kertas ujian atau peperiksaan, diorang suka panggil dengan nama penuh, "Rosliza Roslan". Kalau panggil nama kawan-kawan yang lain, cikgu tak sebut pula nama ayah sekali..Nama aku sedap disebut kot..huhu..perasan betul la kau ni liza..hehe..sekali-sekala apa salahnyakan..huhu. Dikalangan keluarga pula,aku lebih "femes" dengan nama "ja" atau "ija". Kadang-kadang abah panggil aku sayang..hehe..geli lak aku..huhu..Kalau pakwe panggil dengan nama tu takpe jugak..heheh...Apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan nama yang diberi,"terima kasih,abah".
Nama dia Azhanie,nick name dia aku tak tahu la,korang tanya sendiri erk.Korang lak ada nick name ke???
No comments:
Post a Comment