anda pernah bercuti??
dimana destinasi pilihan korang??
sebelum tu,nak menyanyi sekejap...
cuti-cuti....Malaysia...
korang ikut la saya menyanyi sekali la....
dah-dah!!..sumbang la kedengaran...(^_^)
hmm...pertama kali aku menjejakkan kaki ke Bukit Merah Lake Town Resort...
aku pergi ke sana semasa semester akhir..
nak "enjoy" la kata kan.."enjoy" la sangat..
apa yang aku nak cakap pasal Bukit Merah ek,dah lupa la pula...
Bukit Merah Lake Town Resort lebih dikenali sebagai destinasi pelancongan taman tema
yang menjanjikan keseronokkan pelbagai aktiviti air...
ini antara aktiviti-aktiviti yang sempat kami terokai...
memang meriah betul kitaorang ni.....jangan cemburu pula ye..
cuba kalian-kalian semua tengok..
dengan buaya pun kitaorang boleh kawan..
siap ambil gambar lagi...
korang boleh ke buat macam kitaorang ni???
selepas mandi-manda
kitaorang pergi makan
tapi maaflah,tak ada gambar masa makan..
makanan kat sana pun sedap dan murah..
berbaloilah dengan wang yang dibelanjakan...
selepas itu,skema pula ayat ni...hehe
tiba lah aktiviti mengambil gambar dan berbelanja apa yang patut untuk dibawa balik sebagai kenang-kenangan...
ini gambar-gambar awek cun ni..hehe..
nak nombor telefon diaorang tak??
nak??
cari sendiri...huhu
di Bukit Merah ni pun ada pelbagai permainan bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi juga untuk kanak-kanak...
Jadi, aktiviti-aktiviti di sini sesuai untuk seisi keluarga...
itu budak-budak atau mak budak??
marah pula kawan aku yang seorang ni nanti kalau dia tengok..
jangan bagitahu tau..
ni pula jeti untuk ke Pulau Orang Utan..
tapi kitaorang tak sempat pergi..kesian kan..'-(
tak apa,sekurang-kurangnya sempat "posing" kat jeti ni..
"nak pergi ke Pulau Orang Utan kat sana ye adik-adik...."
kata kawan aku...
bila kau jadi pemandu pelanong ni wahai kawanku??
sebelum balik, kitaorang tak lepaskan peluang untuk ambil gambar dengan si badut poyo ni..
memang poyo..
eh!!
gambar aku sahaja la ngan badut poyo..hehe..
badut ni suka kacau aku dan kawan-kawan aku..
bukan kitaorang sahaja
tapi semua pengunjung di sana la..
dah memang tugas dia, nak buat macam mana kan...
tapi memang "happening"
kalau korang nak bercuti, aku memang mencadangkan Bukit Merah Lake Town Resort
sebagai destinasi percutian yang menarik
dan menghiburkan..
sebagai destinasi percutian yang menarik
dan menghiburkan..
akhir kata selamat bercuti buat siapa-siapa yang teringin
atau
nak pergi bercuti...
No comments:
Post a Comment